Tuesday, 31 December 2013

Sayonara 2013

happy new year 

tahun 2013...

tahun yang mana 
aku terpaksa menjadi 'dewasa'
dalam erti kata sebenarnya terpaksa..

tahun yang mana
aku dan ben10 terpisah jauh
hidup dengan rindu yang menggunung.

tahun yang mana
aku rasa perlunya penawar
untuk demam yang tak pernah kebah

tahun yang mana
aku hanya ada bokbam
bagi leraikan segala kusut dihati

tahun yang mana
aku dan provokasi akrab
hingga menjadikan diri agak biadab

tahun yang mana
aku masih memilih gelap
sendirian nyalakan semangat yang malap

tahun yang mana
aku mengenggam diploma
akhirnya separuh fasa impian hidup

tahun yang mana
aku harap 'dia' bukan lagi 'dia'
dan nyata ia hanya sebahagian mimpi

untuk 2014..

aku langsung 
tak harap apa-apa

selain
pacu hati ke jalan Ilahi

letih rasanya 
mengajar diri untuk menerima
bila yang diharap tak kunjung tiba..

dan aku percaya..

Whatever will be, will be.

Que sera sera.

Kunfayakun.


Nota M.J :
* new year 2011 : With part of ben10 lepak tepi pantai tanjung rhu dekat langkawi.
*new year 2012 : Sangkut dalam jem kat ICT alor setar dgn cousin. tengok bunga api atas jalan..
*new year 2013 : dalam bilik dgn part of ben10 at taman pulasan hadap timbunan assignment
*at this time : sendirian meledani hati, memupuk sabar yang kian hilang. -.-

- tahun baru, semoga diri juga baru -

Monday, 30 December 2013

End Of Everythings


And one day, 
your name didn’t make me 
smile anymore.

hujan dihati
yang entah bila kan henti.

Friday, 27 December 2013

Tak Mudah Rupanya

semoga esok baik-baik saja..

baca buku motivasi
untuk motivasikan hati sendiri 
yang dah serupa macam tapai basi.

selak buku agama
untuk ingatkan yang mereka
adalah ujian Allah untuk dunia sementara.

renung-renung
dalam sepi,

ada hati yang nanar sendiri..

pandang-pandang
dalam kelam,

ada jiwa yang terluka dalam..

lihat-lihat
dalam terang,

ada diri yang kurang kasih sayang..

Nota M.J : Terpaksa melakukan perkara yang dah lama aku tinggal. pekakkan telinga hanya kerna tak ingin dengar sebarang bicara. bisukan mulut hanya kerana tak ingin kaca dimata pecah berderai.

- letih rupanya jadi dewasa -

Monday, 23 December 2013

Pecah Sekelip Mata

konfrontasi atau provokasi
aku pilih untuk diam; tutup mulut.
lupakan segalanya..

tapi
bila 'dia'
terus provok
secara berterusan
kaca yg enteng bertahan
berderai sekelip mata.

sakit.
tapi menjulang benci
bukan aku orangnya..

Saturday, 21 December 2013

Lari Cari Nafas


'..berlari tanpa henti,
dan
tiada anehnya
bila
aku tak ingin ditemani..' 

- biar lelah asal tak sakit -

Tuesday, 10 December 2013

Akhir Segala Angan

Pesan 'dia' suatu masa dahulu..

'angan-angan hanya akan buat derita ini tiada kesudahan.' 

Kata yang dilontarkan bila 'dia' melihat aku seringkali hilang dalam dunia sendiri.

Aku yang tika itu hanya tahu melontarkan pandangan jauh ke dunia khayalan.

 Hanya semata-mata ingin lari jauh dari dunia realiti yang kadang terlalu kejam untuk dihadapi.

Aku yang tika itu hanya bertemankan buku lusuh dan sebatang pena.

Sebelum wujudnya 'teratak sepi' dan 'mentari jingga'

Mencoret segala rasa agar kebisuan tidak menjadikan aku terlalu sengsara pada sakit yang ada.

Bilamana 'dia' bersuara aku cuma tersenyum kelat.

Mungkin 'dia' lupa, yang aku bisu bila kesukaran itu datang melanda.

Mungkin juga 'dia' alpa, yang 'dia' tak selalu ada untuk mencari semangat aku yang kadang ghaib tidak kira masa.

Saat yang kadang langsung aku tidak pinta, semoga segala yang aku rasa tidak semua manusia ada.

Sehingga Tuhan bawa 'dia' pergi jauh dari mata, dan aku masih sama.

Mencari ruang untuk 'bebas' dari rasa dengan bermain bahasa.

dan 'dia' hanya melihat, lantas

senyum kelat.

'..akhir segala angan, yang tinggal hanya realiti
yang perlu aku tempuhi..'

- aku. manusia yang tak tahu berbicara -

Monday, 9 December 2013

Luka Ada Darah



i've found new partner yang 'punah' hatinya bak kain buruk kena renyuk.

awak..
stay strong with me.

hidup ini memang tak mudah.
tapi selagi mana kita percaya pada DIA
takkan ada yang mampu menghalang langkah kita.

awak..
biar luka kita ada darah.

jangan maruah
kita diperendah hanya kerna
hormat yang menghilang dek marah.

when heart shattered into pieces....

aku diamkan kata;
kerna lisan tak bisu.

aku gelapkan pandang;
kerna mata tak buta.

letih.

provokasi itu seperti
hati yang ditusuk dengan kaca.

sakit.

heh. kau kan kebal?

- in the same boat; but different cabbin -

Monday, 2 December 2013

HB Pelangi Hati


ke hadapan bonda-bonda tercinta,

terima kasih
kerana melahirkan mereka 
sahabat dan rakan yang terbaik buat diri ini.

terima kasih
kerana melahirkan mereka 
yang selalu ada saat susah dan senang.

terima kasih
kerana melahirkan mereka
yang bersama mewarnakan pelangi dihati.

terima kasih
kerana melahirkan mereka
yang mengindahkan hari-hari kelam.

terima kasih
kerana melahirkan mereka
yang selalu ada saat diri memerlukan.

terima kasih
kerana melahirkan mereka
yang selalu bersama tika tangis dan ketawa.

terima kasih.

dan

..Selamat Hari Lahir..
                    teman seperjuanganku..

semoga dengan bertambahnya usia kalian
akan bertambah iman didada kalian.

semoga hari-hari yang mendatang
adalah hari yang terindah untuk kalian.

semoga permulaan hari ini adalah
pengakhiran hari semalam yang gelap

..Selamat Hari Lahir..
                              sahabatku dalam berteman..

berbahagialah selalu dalam rahmat
dan dakapan kasih Ilahi.

semoga hari-hari kalian penuh kehangatan
dengan 
kasih keluarga dan sahabat tercinta.

terima kasih atas setiap kebaikan
maaf atas segala kekhilafan.
syukur kita dipertemukan.

Ya Rabb

semoga persahabatan antara kami
kekalnya hingga ke jannah

Allahuma Amin..


happy birthday,
diyana, kinah n kin.

love both of u n ben10 like org g-la.
7bln 2 hari kita terpisah. :'(

*group hugs !

- mereka PELANGI HATI milik diri -

Wednesday, 27 November 2013

Sahabat Untuk Selamanya

            '..Sahabat itu, pelangi Hati milik diri.. '

“Saat aku ditanya kembali apa ‘sahabat’ itu pada aku.

*senyum*

Sahabat.

Kau tahu?
Terkadang aku bertanya.
Cara dan bagaimana kita bertemu.
Kita bertegur sapa buat kali pertama.
Apa hal yang menjadi perbualan.
Bagaimana ekspresinya.
Juga pandangan pertama.
Setiap itu juga aku tak pernah temu jawabnya.
Aku tak pernah tahu bagaimana.
Aku tak pernah ingat ceritanya apa.
Bagi aku kalian kurniaan Dia.
Itu peraturan Dia untuk pertemukan kita.
Itu susunan Dia buat mengajar kita.
Jatuh bangun kita.
Siapa yang kekal di sisi.
Siapa yang berlalu pergi.
Siapa yang ambil peduli.
Siapa yang biar tak perhati.
Bila disuruh memaknakan sahabat itu sendiri.
Sungguh aku tak punya definisi khusus.
Cuma satu.
Aku benar tak pernah mahu semua terhenti di dunia.
Biar kita kembali dipertemu di syurga.
Dan aku cuma mahu kalian tahu.
Walau sudah jarang bertemu.
Ingat sentiasa.
Kalau kita masih berkongsi langit yang sama.
Kirimkan doa.
Aku rindu.
Sungguh.”

 Buat kalian yang aku cinta.
Terima kasih atas segalanya.
Moga Allah redha.


                                                
                                                       -KOPIPASTA FROM : TUMBLR-

Thursday, 21 November 2013

La Tahzan


Katanya aku perempuan berhati batu,
hanya kerna aku beku pada segala kesulitan.

dan dia tidak tahu 
aku cuma ingin menjadi seseorang 
yang berhati waja. 

Redha pada segala ujian yang diberi 
dan..pasrah pada dugaan menghampiri.

Katanya aku sedingin salju,
hanya kerna aku tidak peduli pada yang ada.

dan dia tidak tahu
aku cuma tidak ingin bersuara
bimbang terkeluar tangisan sumbang.

Yang aku simpan sendiri
dan keluarkan tika malam sunyi.

supaya tiada yang menyapa
dan menghulurkan simpati rasa.

Katanya aku masih ada dia,
untuk berpaut tika rebah dan..
bersandar tika lelah.

dan dia tidak tahu
berkongsi segalanya sama seperti  aku 
menabur garam diatas luka yang masih bernanah.

meredakan gundah 
yang buat aku ludah ke atas 
lantas akhirnya jatuh ke muka sendiri.

aku kadang tak berdaya
tapi
aku masih percaya..

''Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah..''

-.-

- kisah mereka akan aku jadikan tauladan -

Tuesday, 19 November 2013

Aku yang Sekarang


Aku bukan kanak-kanak kecil
yang bila nangis kau hulurkan saja gula-gula.

Aku bukan remaja yang asyik menyoal
kenapa aku yang dipilih DIA untuk diuji dengan pelbagai dugaan.

Aku bukan aku yang dulu
bila sukar datang menyapa memilih untuk bertapa dalam sepi

Aku yang sekarang.

kau datang. aku hadap.

kau buat. aku terima.

kau beri. aku ambil.

tapi
kalau segalanya hilang.
kalau kau aku pandang kosong.

jangan kau tanya kenapa?

- parasit hidup itu memakan hati aku dalam diam -

Saturday, 16 November 2013

Rasa Kian Sebal


kau simpan.

dan kau peram.

nanti dah lunyai

jangan kau pulangkan.

heh !

hati untuk orang yang kejam

kurang nilainya.....

kau tahu ???

- sukarnya belajar mengawal hati sendiri -

Friday, 15 November 2013

Tak Tau Pikir



berjalan.

                                     ..kemudian...

                                                                            berhenti.

lantas..

                                                berlari...

                         letih. 

                                                   kadang aku 

lelah..

- future, please be nice to me.. -

Saya Tak Tahu


sukarnya membuat keputusan

antara terus disini
atau
melangkah mencari susah
untuk
senang dimasa hadapan.

Ya Allah
tunjukkan aku jalan

amin..

- pergi ke tidak?? -

Sunday, 10 November 2013

Mereka Segalanya

sayang?
Dia ada dalam hati.
terpenjara di satu sudut yang telah aku khaskan sejak dari aku mengenal erti perasaan.
tidak pernah dia berkurang, hari-hari makin menebal aku pupuk didalam sanubari..
sungguh, dia hanya aku peruntukkan untuk keluarga dan kawan tersayang.

keluarga?
mereka adalah orang yang sentiasa ada sejak aku kecil sehingga dewasa.
benar, khilaf hari ini takkan menghapus segala kenangan semalam.
biar aku sendiri meledani hati dalam sepi.

kawan?
mereka insan terpenting dalam aku belajar menjadi dewasa.
zaman remaja dan dewasa aku indah hanya kerana adanya mereka.
mungkin mereka tidak tahu betapa sayang dalam diri ini tebal buat mereka..

Faz, Mariam, Ina, Ukhti, Ira, Kak Da n Ana
kalian yang mula aku kenal saat aku mula belajar erti kehidupan
gabungan kita mendatangkan impak yang besar dalam zaman remaja aku
dan benar.. mengenali kalian adalah saat terindah yang aku rasa tidak akan berulang lagi..
3 tahun menyulam ketawa diselangi tangis, akhirnya aku pilih untuk terus melangkah tanpa berpaling..

Fit, Tikah, Ros, Rina, Ct, Ateh, Alang n Fikah
kalian pengubat hati aku saat aku merindui kenangan lalu
mengambil jalan mudah kita terus mencipta kenangan demi kenangan
gabungan yang menarik pada aku bila si tudung labuh bergabung dengan si tudung biasa
dengan kalian aku kembali mencari diri sendiri yang hilang, aku kembali mencari jalan Tuhan..

dan mereka..

Diyana, Kin, Fariha, Shuhaida, Sal, Kinah, Ina, Tasha, n Tiara
gabungan kita bersepuluh yang lebih senang digelar ben10 buat aku tersenyum
bersama dengan kalian membuatkan aku lebih menghargai segalanya dan masa sekarang
bersama kalian banyak buat aku fikir masa hadapan. bersama kalian aku gali ilmu yang kurang.
sungguh aku semat kukuh diingatan, zaman kita gigih belajar demi meraih kejayaan bersama-sama..

dan dia..

Siti Salsadila
yang selalu melurutkan ketabahan saat aku perlu
menyedarkan aku tika aku lemas dalam angan kosong
ingatkan aku agar menjaga iman dan hati  supaya terpelihara
sabar melayan karenah aku yang kadang ada dan kadang tiada..

mereka ini

CINTA hati aku.

PELANGI hati aku.

kerna adanya mereka.
hati aku penuh dengan rasa.

terima kasih.
untuk saat bersama.

walau kini jarak memisah.

walau masa kadang buat kita lupa.

- segalanya adalah mereka -

Saturday, 9 November 2013

Cara Kita Lain



"..Rahsia bukan lagi rahsia,
Bila kau mula bercerita.."


.

Titik

.

- tolong mengerti, situasi kita berbeza -

Tuesday, 5 November 2013

Antara Dua Jiwa


jumpa seorang kawan lama.

kawan zaman kanak-kanak.

kawan yang dulu suka cubit pipi aku

dan kata geram sebab aku kurus sangat.

dia yang sekarang masih sama seperti dahulu.

talk active. cute. chubby.

dan yea. masih suka kata aku kurus kering

baik hati nak bersedekah isi dan lemak dia pada aku.

aku cuma senyum dan senyum.

banyak yang dia tanya.

banyak yang dia soal.

tentang masa kini, dan masa akan datang.

cuma..

dalam diam ada doa yang aku pendam.

Tuhan..
jangan dia tanya tentang masa lalu
yang aku ingin lupakan..

tapi ada juga terselit kisah lama.

bertanya tentang dia.

cerita pasal mereka.

aku cuma senyum.

dan senyum.

- mereka kenangan silam..yg ingin aku pendam -

Saturday, 2 November 2013

Kita Tak Selari

niat tak menghalalkan cara.
bila mereka tanya kenapa asing itu ada.
aku tak peduli kerna cara mereka langsung tak kena.

senang mudah dicari.
saat amanah kau ingkari.
keterampilan sama dicemari.

manusia itu.
jiwanya mudah
dibeli dengan duit



- bila aku berlari, tak guna kau suruh berhenti -

Sunday, 27 October 2013

Diam Dalam Rasa


"..Diam dia kerna terpaksa..
..Diam aku kerna hormat tersisa..
..Diam mereka kerna kelu berbicara..
..Diam kami kerna tak perlukan simpati.."
.
.
-diam bukan tanda mengalah-

Saturday, 19 October 2013

Kian Tidak Mengerti



selain dari
jejak kaki ke
dalam bookstore

lepak
depan rak
novel

hidu bau
buku

tenggelam
dalam dunia membaca

aku tatau cara apa lagi
yang mampu membahagiakan
hati sendiri.

sungguh.

aku

tidak

tahu.

rasa macam terasing.
bila hati sendiri tidak tahu cara untuk bahagia.

rasa macam kejam.
bila tak tahu apa yg perlu untuk membahagiakan diri.

rasa macam nak meraung hiba
bilamana aku sendiri tidak dapat kesan kemahuan diri

awak.
saya perlu alat untuk bahagiakan hati
sendiri yang kian kosong ? boleh awak bantu ?

- bersendirian bukan terapi baik utk diri; saya perlukan manusia ajaib -

Thursday, 3 October 2013

Langkah Yang Berkali


langkah untuk
kali ke 3

jalan cerita 
yang semakin menarik

mungkin 
ada sebab kenapa
DIA bukakan jalan
ke situ

..rezeki..

kita siapa untuk
persoal.

- kembali dengan semangat baru -

Saturday, 28 September 2013

Biar Hanya Kosong


Perlu apa kau ratapi kenangan lalu
kalau akhirnya yang menangis tetap kau sendiri..

bertahun aku melangkah.
pergi membawa hati dalam sepi.
berlalu dalam kata mengkuburkan segalanya.

6 tahun.

6 tahun aku pendam rasa yang ada.
tanpa mengetahui jejak wujudnya seorang 'dia'
aku cuba bina benteng yang utuh
benteng yang aku anggap
akan melupakan aku
pada segalanya.

setahun sebelumnya.
aku bisu pada yang ada.
hanya kerna adanya seorang 'dia'
dihadapan mata.

bertahun berlalu.
dan aku makin alpa pada
adanya seorang 'dia'

saat itu,
aku kira aku kebal pada rasa
andai kata seorang 'dia' muncul depan mata.

hari demi hari aku bawa diri
2 tahun memenjarakan diri dirantauan, dan
3 tahun aku terlontar dalam dunia penuh kira-kira..

semester pertama
ada desas-desus mengatakan
seorang 'dia' turut terlontar dibumi yang sama.

aku kaku.

aku beku.

gentar untuk berhadapan
seorang 'dia'..

seminggu ketahanan diuji
seminggu juga aku liarkan pandangan
dalam risau adanya 'dia'
hati membentak.

ya.
aku perlukan kepastian
sebelum tempuh 3 tahun yang terbentang.
aku perlu tahu kebenaran adanya seorang 'dia' disitu.

aku tidak ingin langkah aku tersekat
aku tidak ingin kebebasan aku terbatas.

hanya kerna
aku ingin lari dari
seorang 'dia'

sesekali bukan mata tidak terpandang
bayang seorang 'dia' seolah-olah
ada dimana-mana sahaja.

tapi aku tepis satu persatu
ya. itu mungkin bayang dari ilusi aku sendiri
aku tetapkan dalam hati yang seorang 'dia' tidak wujud disitu.

cukuplah.
cukup seminggu aku kucar-kacir.
aku tidak ingin 3 tahun ini dilalui dengan penuh resah.

semester kedua sehingga seterusnya.
seorang 'dia' makin terhakis di ingatan.

aku abaikan segala rasa dijiwa.
aku berhenti untuk bermimpi.

hidup aku riang.
dunia aku penuh dengan warna.
sementelah 'dia' telah aku lupakan.
disisi aku ada teman-teman yang terus menemani.

bersama mereka aku cipta kenangan
aku kait satu demi satu memori indah untuk dikenang

bersama tawa
yang kadang bersulam duka
wujudnya kami sepuluh sahabat

semester ke empat
perpisahan sementara
pembuka ke alam dewasa

saat yang juga membuka
segala cerita lama

semester kelima
ada kata yang sampai ke telinga
mengkhabarkan wujudnya seorang 'dia'
dunia aku gelap. pandangan aku kian kelam.

risau.

gentar.

takut.

entah kenapa
kekebalan yang aku bina bertahun
hancur begitu sahaja.

hari yang dinanti tiba juga
saat dimana mata melabuh pandang
adanya seorang 'dia' berdiri dihadapan mata.

sibelang biru.
wujudnya umpama igauan.
entah sejak bila aku belajar membenci
hanya kerna ingin menghapus rasa aneh dalam hati.

semester ke lima
kucar kacir.

aku jadi beku.

aku jadi dingin.

lelah dalam melawan segala rasa yang ada.

sehingga ada yang mengatakan
aku lupa pada orang sekeliling
sahabat yang sentiasa
ada.

hanya kerna
aku beku pada dunia
sekeliling..

benci aku makin menjadi

kalau kata akal aku masih kuat
seorang 'dia' sepatutnya tiada disini

kadang aku bawa diri
menggerakkan jasad yang jiwanya
dikurungi segala kenangan lama bukan mudah.

langkah aku kian terbatas.
aku tidak sebebas dulu untuk bergerak.

kalau diajak; kata malas.

kalau disuruh; kata letih.

kepura-puraan yang kadang buat aku benci
pada empunya diri.

'dia' yang tidak ingin aku fikirkan
'dia' yang tidak ingin aku lihat

seringkali wujud didepan mata.

semester terakhir.
situasi yang sama masih berlaku.

kadang sengaja aku lontarkan pandang sejauh mungkin
tapi hati sendiri yang tersentak bila mana
dihujung pandangan adanya 'dia'

kadang pula aku tundukkan pandangan
gentar dihadapan wujudnya 'dia'
tapi takdir Allah mungkin,
yang ingin aku jauhi
kian mendekati

mengingatkan 'dia'
yang kadang buat aku sinis pada diri

entah apa yang ada pada 'dia'
hingga aku memilih untuk berlawan arus
sedang antara aku dan 'dia'
tidak pernah ada sejarah yang terbina.

sejarah rasa,
mahupun sengketa.

bila aku pilih untuk menjauh
aku langsung tak harap langkah kami
kan selalu bertemu.

bertahun
bukan berhari..

bertahun aku cuba anggap 'dia'
insan biasa yang perlu
aku depani..

tapi bila didepan mata adanya 'dia'
aku jadi beku, aku jadi bisu.
aku jadi kelu dan kaku.

enggan mengingkari hati sendiri
aku pilih untuk pencilkan diri
aku pilih untuk sembunyi.

sedang dunia ini
tidak seluas mana..

hari terakhir
masih ada 'dia' dihadapan mata

'dia' yang ego
'dia' yang punya gaya tersendiri
'dia' yang tak pernah hiraukan orang sekeliling

hari jubah.
mata aku liar mencari
tapi dalam hati doa tak pernah henti.

Allah.
jangan temukan langkah kami..

cerita ini
cerita semalam
yang melarat ke hari ini.

untuk esok
dan hari seterusnya
harapan aku tetap sama

Allah.
jangan ada pertemuan antara kami..


- cerita yang masih tiada henti; tersembunyi dan penuh misteri -

Monday, 23 September 2013

Maaf Untuk Dia


Terlalu sibuk menjaga hati 
yang aku pendam 
sendiri..

Terlalu risau akan jiwa
yang sering kali
dilukai..

hingga kadang terabai 
dia yang sepatutnya
aku lindungi.

..maaf..

atas
zaman kanak-kanak
kau yang tak seindah mana.

- waiting for miracles -

Friday, 13 September 2013

Sakit Dalam Diam

"..believe? on what? lelah? ofcos ya.."

I stopped smilling,
thinking that someone would ask what was wrong,
but no one did.

Aku sisihkan diri,
memikirkan 'dia' atau mereka akan menyoal,
tapi tiada yang peduli.

bila selera makan kian menyusut
bila berat badan turun mendadak menjadikan aku kepingan pipih
'dia' soal mengapa? mereka tanya kenapa?

dan..
aku?

larikan pandangan.
pejam, pecahkan kaca dimata.

derita ini
hanya kerna 'dia'

sometime..

i trying to put the best smile,
and opened mylips and said i'm okey
untuk semua yang jadi..

tapi..
disudut hati,
ada dusta tersembunyi.
ada kelat yang menyelubungi.

- benci dia? hanya akan buat aku kian sakit.. -

Sunday, 8 September 2013

Bila Kita Bersama

Spending time together.
Walau jarak seolah memisah.
Walau masa kadang tak mengizinkan.
Hati kita kan tetap bersatu..
With lots of Love,
Selamanya kita tetap sahabat !


Thursday, 5 September 2013

tried and tired

survival moments.

being strong is ain't easy.

perhaps u know that i'm trying.

-.-


Friday, 30 August 2013

Aku Tetap Sendiri


ada waktu ingin aku bisik..

''..rangkul aku waktu hancur..''

tapi.

bila tersedar dari angan

aku punya siapa?

hakikatnya aku tetap sendirian.

entah sampai bila

sukar? 
gelap yang aku cari.

punah.?
aku bisukan kata.

lelah?
aku pekakkan telinga.

sakit?
entah bagaimana rupanya hati

walau sendiri
aku tetapkan hati yang aku punya DIA

Ya Rabb..
aku sedar hidup ini tidak layak ditangisi
kerana keredhaan Mu yang perlu aku tagihkan

Ya Rahman..
aku sedar sakit ini atas khilafku sendiri
terlalu mencintai dunia sehingga akhirat ku abaikan

Ya Rahim
aku sedar rasa ini tidak akan berlalu pergi
selagi segalanya tidak aku lepaskan

untuk itu
berikan aku secebis sinar
untuk aku melangkah ke arah kebenaran

Ya Allah
kuatkan aku.

..amin..

- lelah bermain rasa; entah bila semuanya akan berakhir.. -

Tuesday, 27 August 2013

Diri Kian Teruji

Tabah.

Aku tidak tahu bagaimana lagi caranya untuk aku terus 'tabah' melihat segala kepincangan yang ada. Acapkali bila kesulitan itu muncul ingin aku hamburkan segala rasa dijiwa. Tapi aku 'tabah'kan hati. Aku ingatkan diri yang bukan aku seorang yang teruji. Puas aku asuh diri, membina 'tabah' dalam hati. Hingga diakhirnya aku tak punya cara lain. Aku hanya tahu belajar bisu untuk melawan segala kepayahan yang ada.

Sabar.

Aku lelah membina 'sabar' dalam diri. Berkali mengingati hati yang rupanya tidak berbentuk supaya 'sabar' menghadapi segalanya. Bertahun aku bina benteng 'sabar' dalam diri. Melihat air mata orang yang tersayang, aku masih bisu. Aku masih cuba 'sabar' walaupun aku tahu ianya memakan diri sendiri. 'Sabar' yang diakhirnya memusnahkan hati, memakan jiwa. Aku kian tidak betah mencipta 'sabar' dengan tulikan telinga melihat segala kesulitan yang muncul.

Diam.

Aku pilih 'diam'. Aku pilih membisu. Aku pilih pekak. Aku pilih tuli. Aku pilih untuk terus melihat segalanya. Sehingga hari ini hati sudah tidak mampu bersabar. Diri sudah tidak tahu untuk tabah. Kaki yang bertahun gagah berdiri, longlai bila menyedari yang aku keseorangan menghadapi segalanya. Salah aku bila berpaling dari-NYA. Godaan syaitan terus membisik, supaya aku meluah segala amarah yang ada. Syaitan terus menggoda, supaya aku menghambur segala resah membusung didada. Syaitan terus mencucuk, supaya aku luahkan jerit pekik tangis yang selama ini cuma tersimpan rapi dipenjuru hati.


Allah. Allah. Allah.

bukan ini jalan yang aku pilih
tapi keadaan seolah memaksa.

Allah.

hinga saat ini
aku masih pilih untuk bekukan hati
aku masih pilih melepaskan rasa dalam diri
dengan ketukan aksara demi aksara dipapan kekunci.

Allah.

Aku letih.

Aku lelah.

adakalanya ingin sahaja aku pinta supaya
nafas ini berakhir.

tapi..

amalku belum mencukupi.
dosa dibahu kiri tak tertanggung beratnya.

Ampunkan aku Ya Allah..
kerna hari ini
aku pilih untuk tidak hormat
pada orang yang tidak tahu menghormati..

- kesabaran teruji lagi; pray for cheDiri -

Hujan Di Hati

hujan rasa yang kian membanjiri hati, Allah tabahkan aku.. :'(

Tuhan.
kalau betul ini adalah ujian Mu
kuatkan aku.

leraikan segala kesulitan ini
aku hanya ingin bernafas dengan tenang

Tuhan.
kalau ini kifarah atas segala dosaku
redhakan aku.

celikkan mata ku yang selama ini buta
terangkan hati aku yang selama ini gelap

Tuhan.
aku letih memendam rasa
aku lelah melihat kepincangan yang ada

Tuhan.
bukakan jalan untuk aku kembali.
pimpin tanganku menuju ke jalan Mu
kurniakan aku sinar dan hidayah..

Amin Ya Rabb..

- cari akhirat kalau dunia melelahkan kau cheDiri -

Monday, 19 August 2013

Satu Tika Dahulu

ohh satu tika dahulu
sebelum aku mengenali apa itu alam maya
segala coretan. segala tinta. segala luahan hati yang bersarang dijiwa
akan aku lontarkan dalam lembaran-lembaran kertas pada buku tertentu.

dan..
hari ini,
aku buka semula.

aku tatap setiap tinta yang tercoret.
ada yang tertulis kemas, menggambarkan tika itu hati tengah riang.
ada juga yang bagai cakar ayam, mungkin saja tika itu hati tengah walang.

bila meneliti setiap baris demi baris aksara yang tertera
hati aku terdetik sendiri, betapa zaman kanak-kanak adalah zaman aku redah sahaja.
buat segala apa yang dipinta oleh hati. lakukan semuanya yang terdetik dalam fikiran sendiri.
kadang tanpa aku sendiri mengetahui; apa akibat dan kesan yang akan aku sendiri perolehi..

menyelak semula lembaran-lembaran remaja.
saat dimana aku belajar berdikari dan menyendiri jauh dari pangkuan keluarga.
saat yang dalam ingatan aku,  ketika itu aku mula membuka mata melihat pentingnya pelajaran.
menyedari ada harapan yang tergalas dipundak sendiri, ada impian yang ingin melihat diri sendiri berjaya..

saat itu juga aku mula celik pada persahabatan dan percintaan.
dalam bergelut dengan ilmu untuk ke menara gading, aku turut berjuang
menjayakan dunia persahabatan. aku menganalisa satu demi satu alam percintaan para sahabat.
dan hasilnya sampai sekarang aku menyendiri, yakin dengan cinta hanya akan wujud selepas pernikahan.

berkali juga aku cuba untuk menghapuskan ruang kenangan yang tercoret.
tapi setiap kali tangan cuba melontar; hati membisik menegah.
dan hari ini aku ambik keputusan yang sama sekali lagi.
entah esok, entah lusa atau tulat bakalan aku
lemparkan segalanya.

bukan aku kejam.
bukan niat aku ingin melupakan.
tapi...
setiap kali aku buka semula
aku nampak 'kebodohan' seorang aku yang semalam.
aku lihat jatuhnya seorang aku pada waktu lalu.

biarlah. biar hanya kenangan indah
bersama sahabat-sahabat tersayang dalam ingatan.
yang pahit. yang perit. yang pedih.
ingin aku buang jauh..

untuk itu,
ini mungkin kali terakhir
aku merenung bait-bait kata
yang aku sendiri coretkan dilembaran bisu
bertahun dahulu....

- berbicara dimata pena; dalam lembaran bisu tak bernyawa -

Saturday, 17 August 2013

Kau Tahu


kau tahu kadang aku tak pernah faham apa mahunya manusia.

bila diam; disuruhnya bercakap.
bila bercakap; disuruhnya pula tutup mulut.

kau tahu kadang aku rasa ada baiknya aku berjalan sendiri.

ke belakang; dikatanya salah.
ke depan; dikatanya aku lupa diri.

kau tahu kadang aku fikir perlu apa adanya mereka disisi.

buat baik; dikatakan hipokrit.
buat jahat; dikatakan aku dah puas hidup.

kau tahu kadang aku ingin menghamburkan segala rasa dihati.

luahkan segalanya; ada hati yang akan tercalar.
pendamkan semuanya; hati sendiri bakalan punah.

kau tahu kadang aku  lelah..

letih bermain wayang dipentas dunia.
Mengabaikan segala apa mahunya diri sendiri.
Mengiakan apa mahunya orang-orang sekeliling...

kau tahu?
yea. realitinya aku tahu
yang kau tidak pernah tahukan?

- belajar 'kebalkan' diri sendiri -

Wednesday, 14 August 2013

Bisu Tanpa Kata


aku selalu berharap
akan ada yang memahami
tanpa perlu aku meluah sebarang kata.

tapi..
aku silap.

mana mungkin bicara bisu
mendatangkan pengertian kalau komunikasi
antara dua hala itu wujud untuk penterjemahan kata.

*kenangan

ada sahabat.
yang menadah telinga. menghulurkan bahu.
mengharap aku akan membicarakan segala rasa dihati.

aku pandang ke depan.
merenung malam yang gelap dan pekat.
sahabat disebelah menunggu untuk mendengar.

ya, pada hematnya aku mungkin hipokrit.
mungkin sahaja aku ego sendiri.

ada telinga tapi aku pilih untuk membisu
ada bahu untuk bersandar tapi aku pilih bersendiri.

aku pakukan pandangan dalam gelap.
kalau saat itu aku kalih ke tepi dan mata bertemu pandang
bakalan ada kaca berderai mewakili segala bicara yang terpendam.

dan..
akhirnya dalam malam yang sepi tanpa sebarang bicara itu
kau mengalah untuk memujuk aku meluah kata.

bicara bisu yang berlanjutan
akhirnya tak membawa ke mana.

bila aku pilih untuk pejam mata abaikan segalanya
bantal masih menjadi pilihan utama untuk aku hamburkan air mata.

sahabat.
kau bukan orang pertama yang memujuk aku meluah kata.
entah sejak bila aku belajar bisu melawan segala kepayahan yang ada.

walau aku hampir punah menahan sakit yang tersimpan sendiri dihati
walau aku tak betah berdiri melawan segala mehna mendatang

aku tetap pujuk diri; aku tenangkan hati
khabarkan yang hanya itu pilihan yang aku ada.

dan ditengah malam yang sunyi.
ada pesanan  yang mewakili.

''sahabat. Allah takkan menguji hamba-NYA luar dari kemampuan.."

pesan kau
aku pahat dalam ingatan
dalam tangis air mata sendirian; aku ukirkan senyum pahit.
Alhamdulillah saat aku terasa jatuh. aku masih ada dia yang bernama sahabat.

Maaf.
bukan sengaja aku pilih untuk diam.
tapi kalau bicarakan segalanya aku bakalan menoreh luka dihati berkali-kali.

- kisah yang aku benam dalam ingatan -

Saturday, 10 August 2013

Part of MyKerinduan

kalau tanya aku tentang kenangan lalu
dalam ingatan
hanya ada

primary school :

1 Bestari till 5 Bestari

6 Dinamik

Secondry school :

1D2 till 3D2

and then transfer to..

techcool :

4PPN/PCK till 5PPN/PCK

after finish school. futher study to..

Polimas :

DAT1C till DAT6C

pejam mata.
imbas semula satu persatu..

yaa. both of them adalah family aku. sahabat dunia akhirat.
walau kadang aku cuma ingat certain nama mereka yang ada dalam kelas.
yang pasti geng2 aku akan tetap kukuh dalam ingatan.
trimas korang. untuk kenangan yang kita cipta bersama.
walau tak selamanya kita bersama..
walau jarak dan masa
memisahkan.

*rindu :'(

- maaf andai aku pilih menjauh -

Thursday, 20 June 2013

Benci Dalam Sayang

"..jangan tanya mana hilangnya sayang, 
bila benci memenuhi diri.."

Dia yang didalam kegelapan
Dia yang terhalang langkah dek pandangan berbalam
Dia yang tidak tentu arah lantaran pekak dan buta dalam cerah...

Dia yang satu ketika dahulu segalanya..

Dia yang melindungi
Dia yang menyayangi
Dia yang sentiasa ada
Dia yang menjadi idola

Dia yang mengajar erti kehidupan
Dia yang pimpin langkah aku satu persatu
Dia yang genggam tangan aku erat meredah pancaroba

Dia yang dihadapan mata aku akhirnya hilang dibawa waktu
Dia yang dalam pandangan mata aku kian berubah bersama masa berlalu

Dia yang aku pandang kini sambil tersenyum kelat
Dia yang aku lihat kini hati aku retak seribu
Dia yang hilang hak untuk dirinya sendiri
Dia yang penuh simpati

Dia yang kadang ingin aku lenyapkan dari pandangan mata..

Tuhan,
Ujian apakah ini..
dan.. bila aku jauh dari-Mu aku makin terasa sakitnya.

- Punah. kau dah puas dewasa bersama rasa bukan ? -

Saturday, 8 June 2013

Kosong Dengan Rasa

- dulu aku pilih berlari, dan sekarang aku pilih untuk berdiri memerhati -

buat apa yang kau suka,
aku tunduk bisukan kata.

buat apa yang kau ingin,
aku butakan segala pandangan.

buat apa yang kau mahu,
aku tulikan deria yang ada.

..tapi..

sampai satu masa,
nestapa buat aku beku.
dan kata tidak lagi bermakna

bilamana luka aku kau toreh berkali-kali
hingga aku imun dengan segala rasa
kau harus berjaga.

saat di mana, jangan kau muncul didepan mata
kerna kau bakal aku pandang kosong 
tidak punya makna
tanpa
sebarang perasaan.

buat, terus buat apa yang kau mahu.
dan aku tidak akan pernah halang.

# ohhh, btw aku rindu nak tutup telinga 24jam buka music kuat2 dan buat muka kosong pandang orang sekeliling.

- people's change, cheDiri jua-

Tuesday, 21 May 2013

Bayang Kenangan Silam

-Trying to forget everything is ain't easy-

masih disini sendiri
kata mereka, aku sedang menanti.
mengejar bayang tika malam gelap pekat.
hey ! hasilnya aku pasti lelah sendirian andai itu terjadi.

yang pasti aku hanya disini
melihat bayang semalam tanpa niat mengejarnya.
aku masih gadis pingitan, yang mengharap semalu pantulan diri.

aku kembali ke situ
pandang ke ruang yang dulunya menyaksikan
pelbagai kisah yang berlaku.
cuba untuk ingat kembali setiap bicara yang ada
tapi hasilnya menghampakan
kerana seorang 'dia' dan 'mereka' aku jadi manusia bisu
melewati hari yang berlalu dengan penuh kaku.

dan..
aku kira pada hari aku jejak semula ke situ
cerita semalam sudah ternoktah.
hutang kenangan yang berlegar dalam ingatan
bakal aku luputkan satu persatu.
semua cerita semalam telah aku bakul sampahkan.

pergilah ingatan.
pergilah kenangan silam.

antara kita kosong-kosong.
dan 'kau' 'dia' atau 'mereka' bakalan aku pandang
sebagai seseorang yang pernah datang dan pergi dalam hidup
seorang aku.

- bertahun aku belajar 'imun' terhadap kenangan lalu -

Saturday, 27 April 2013

Detik Kami Bersama

untuk hari-hari yang masih ada,
aku pilih kukuhkan segalanya 

dengan bersama mereka 
setiap masa.


untuk hari-hari yang telah berlalu,
semoga kenangan beku masa kita bersama

cukup untuk dikenang 
dimasa hadapan.


- minggu terakhir bersama 'pelangi hati' after 3years -

Friday, 19 April 2013

Bahagia Kian Sirna

Teori mencari kebahagian ; 

TRY n ERROR

# apa perlu kau gagahkan tulang belakang 
hanya untuk mencari kebahagian 
sementara..?

heh..

cari jalan yang DIA redhai
syurga ALLAH 
itu pasti..
tahu ??

- sila cari kebahagian dengan mata hati cheDiri -

Saturday, 6 April 2013

Hari-hari Akhir

“Ingatlah sahabat, impian adalah titik gerak langkah kita, 
kesungguhan dan keyakinanmu bakal menentukan titik akhirnya.” ― Hlovate, Rooftop Rant

acapkali buka kelendar.
tatap satu persatu hari yang berlalu.
merenung hari-hari esok yang bakal tiba..

tiga minggu lagi.
yup. tiga minggu lagi
segalanya bakal berakhir.

tiga tahun
dan yang tersisa hanya tiga minggu
untuk aku padukan segala kenangan di ingatan.
selesaikan pengorbanan dan perjuangan sebagai pelajar.

berakhirnya tiga tahun
dan bakal ada yang harus aku 'tinggalkan'

mereka pelangi hati aku.
kenangan kami dibumi polimas
dan akhirnya..
'dia' sibelang biru yang tiada siapa
tahu kewujudannya
sehingga saat
akhir.

waktu-waktu akhir
yang aku kurang fokus pada pelajaran
banyak memberi ruang untuk bersama mereka
mencipta kenangan terakhir..
mendatangkan 'marah' supaya mereka takkan
rindu seoarang aku nanti..haha..
*pardon me

Ya Rabb
setiap pertemuan itu ada perpisahan
kau kuatkan aku untuk menghadapi pengakhirannya..
semoga kami selamanya SAHABAT..
amin.

-bumi POLIMAS-
seorang aku x ramai kawan..
# DATC merekalah keluarga. merekalah sahabat terbaik.
# Ben10 bersepuluh + cikCT merekalah pelangi hati aku
# xlupa juga 'bokbam' yang sentiasa ada.. -.-

sepintas ingatan :
- text cikCT bagi tahu ada kuiz akaun dan suruh tolong doakan boleh jawab sebab aku malas nak study.
- dia reply : weh. xstudy tapi suruh doa dapat jawab. kamu nieh. hehe. jwb leklok.
- btw, really miss bebelan-bebelan dia saat aku terasa 'down'. 

- doakan aku dan kami -

Friday, 5 April 2013

Matangnya Tak Seberapa

sakitnya bila tidak difahami.
lagi sakit bila dijatuhkan kawan sendiri..


katanya  : lelaki dan perempuan itu berkawan.

katanya  : malu itu tidak perlu, tunduk itu tidak bermakna.
                konsepnya kawan harus berperilaku biasa.

katanya  : bila perempuan diam menahan malu didepan lelaki, itu tanda dia
                perasan sendiri. risau dibicara suka oleh kawan sendri.

katanya  : semua itu tidak perlu. lelaki dan perempuan bebas bersama atas tiket
               persahabatan.

kataku  :  ya aku dan dia kawan. tapi bukan semua hal aku harus dia ambik
               kisah. bukan bererti saban hari harus ketawa bersama, menangis
               bersama.

kataku  : aku kawan. akan ada bila perlu. bercakap kosong bukan aku orangnya.
              ikhtilat aku letak ditangga teratas. aku muslimah islam. berpegang
              teguh dengan batas syarak. lelaki itu perlu dijauhi andai tiada
              urusan rasmi.

..maaf..
aku tak minta banyak
cukup sekadar hormati pendirian aku
saham dosa dibahu kiri dah tak
tertanggung rasanya..

- positif cheDiri, Allah sedang uji -