Aku bukan kanak-kanak kecil
yang bila nangis kau hulurkan saja gula-gula.
Aku bukan remaja yang asyik menyoal
kenapa aku yang dipilih DIA untuk diuji dengan pelbagai dugaan.
Aku bukan aku yang dulu
bila sukar datang menyapa memilih untuk bertapa dalam sepi
Aku yang sekarang.
kau datang. aku hadap.
kau buat. aku terima.
kau beri. aku ambil.
tapi
kalau segalanya hilang.
kalau kau aku pandang kosong.
jangan kau tanya kenapa?
- parasit hidup itu memakan hati aku dalam diam -
