Tuesday, 21 May 2013

Bayang Kenangan Silam

-Trying to forget everything is ain't easy-

masih disini sendiri
kata mereka, aku sedang menanti.
mengejar bayang tika malam gelap pekat.
hey ! hasilnya aku pasti lelah sendirian andai itu terjadi.

yang pasti aku hanya disini
melihat bayang semalam tanpa niat mengejarnya.
aku masih gadis pingitan, yang mengharap semalu pantulan diri.

aku kembali ke situ
pandang ke ruang yang dulunya menyaksikan
pelbagai kisah yang berlaku.
cuba untuk ingat kembali setiap bicara yang ada
tapi hasilnya menghampakan
kerana seorang 'dia' dan 'mereka' aku jadi manusia bisu
melewati hari yang berlalu dengan penuh kaku.

dan..
aku kira pada hari aku jejak semula ke situ
cerita semalam sudah ternoktah.
hutang kenangan yang berlegar dalam ingatan
bakal aku luputkan satu persatu.
semua cerita semalam telah aku bakul sampahkan.

pergilah ingatan.
pergilah kenangan silam.

antara kita kosong-kosong.
dan 'kau' 'dia' atau 'mereka' bakalan aku pandang
sebagai seseorang yang pernah datang dan pergi dalam hidup
seorang aku.

- bertahun aku belajar 'imun' terhadap kenangan lalu -