Aku tidak tahu bagaimana lagi caranya untuk aku terus 'tabah' melihat segala kepincangan yang ada. Acapkali bila kesulitan itu muncul ingin aku hamburkan segala rasa dijiwa. Tapi aku 'tabah'kan hati. Aku ingatkan diri yang bukan aku seorang yang teruji. Puas aku asuh diri, membina 'tabah' dalam hati. Hingga diakhirnya aku tak punya cara lain. Aku hanya tahu belajar bisu untuk melawan segala kepayahan yang ada.
Sabar.
Aku lelah membina 'sabar' dalam diri. Berkali mengingati hati yang rupanya tidak berbentuk supaya 'sabar' menghadapi segalanya. Bertahun aku bina benteng 'sabar' dalam diri. Melihat air mata orang yang tersayang, aku masih bisu. Aku masih cuba 'sabar' walaupun aku tahu ianya memakan diri sendiri. 'Sabar' yang diakhirnya memusnahkan hati, memakan jiwa. Aku kian tidak betah mencipta 'sabar' dengan tulikan telinga melihat segala kesulitan yang muncul.
Diam.
Aku pilih 'diam'. Aku pilih membisu. Aku pilih pekak. Aku pilih tuli. Aku pilih untuk terus melihat segalanya. Sehingga hari ini hati sudah tidak mampu bersabar. Diri sudah tidak tahu untuk tabah. Kaki yang bertahun gagah berdiri, longlai bila menyedari yang aku keseorangan menghadapi segalanya. Salah aku bila berpaling dari-NYA. Godaan syaitan terus membisik, supaya aku meluah segala amarah yang ada. Syaitan terus menggoda, supaya aku menghambur segala resah membusung didada. Syaitan terus mencucuk, supaya aku luahkan jerit pekik tangis yang selama ini cuma tersimpan rapi dipenjuru hati.
Allah. Allah. Allah.
bukan ini jalan yang aku pilih
tapi keadaan seolah memaksa.
Allah.
hinga saat ini
aku masih pilih untuk bekukan hati
aku masih pilih melepaskan rasa dalam diri
dengan ketukan aksara demi aksara dipapan kekunci.
Allah.
Aku letih.
Aku lelah.
adakalanya ingin sahaja aku pinta supaya
nafas ini berakhir.
tapi..
amalku belum mencukupi.
dosa dibahu kiri tak tertanggung beratnya.
Ampunkan aku Ya Allah..
kerna hari ini
aku pilih untuk tidak hormat
pada orang yang tidak tahu menghormati..
- kesabaran teruji lagi; pray for cheDiri -
