Friday, 27 December 2013

Tak Mudah Rupanya

semoga esok baik-baik saja..

baca buku motivasi
untuk motivasikan hati sendiri 
yang dah serupa macam tapai basi.

selak buku agama
untuk ingatkan yang mereka
adalah ujian Allah untuk dunia sementara.

renung-renung
dalam sepi,

ada hati yang nanar sendiri..

pandang-pandang
dalam kelam,

ada jiwa yang terluka dalam..

lihat-lihat
dalam terang,

ada diri yang kurang kasih sayang..

Nota M.J : Terpaksa melakukan perkara yang dah lama aku tinggal. pekakkan telinga hanya kerna tak ingin dengar sebarang bicara. bisukan mulut hanya kerana tak ingin kaca dimata pecah berderai.

- letih rupanya jadi dewasa -