Friday, 30 August 2013

Aku Tetap Sendiri


ada waktu ingin aku bisik..

''..rangkul aku waktu hancur..''

tapi.

bila tersedar dari angan

aku punya siapa?

hakikatnya aku tetap sendirian.

entah sampai bila

sukar? 
gelap yang aku cari.

punah.?
aku bisukan kata.

lelah?
aku pekakkan telinga.

sakit?
entah bagaimana rupanya hati

walau sendiri
aku tetapkan hati yang aku punya DIA

Ya Rabb..
aku sedar hidup ini tidak layak ditangisi
kerana keredhaan Mu yang perlu aku tagihkan

Ya Rahman..
aku sedar sakit ini atas khilafku sendiri
terlalu mencintai dunia sehingga akhirat ku abaikan

Ya Rahim
aku sedar rasa ini tidak akan berlalu pergi
selagi segalanya tidak aku lepaskan

untuk itu
berikan aku secebis sinar
untuk aku melangkah ke arah kebenaran

Ya Allah
kuatkan aku.

..amin..

- lelah bermain rasa; entah bila semuanya akan berakhir.. -

Tuesday, 27 August 2013

Diri Kian Teruji

Tabah.

Aku tidak tahu bagaimana lagi caranya untuk aku terus 'tabah' melihat segala kepincangan yang ada. Acapkali bila kesulitan itu muncul ingin aku hamburkan segala rasa dijiwa. Tapi aku 'tabah'kan hati. Aku ingatkan diri yang bukan aku seorang yang teruji. Puas aku asuh diri, membina 'tabah' dalam hati. Hingga diakhirnya aku tak punya cara lain. Aku hanya tahu belajar bisu untuk melawan segala kepayahan yang ada.

Sabar.

Aku lelah membina 'sabar' dalam diri. Berkali mengingati hati yang rupanya tidak berbentuk supaya 'sabar' menghadapi segalanya. Bertahun aku bina benteng 'sabar' dalam diri. Melihat air mata orang yang tersayang, aku masih bisu. Aku masih cuba 'sabar' walaupun aku tahu ianya memakan diri sendiri. 'Sabar' yang diakhirnya memusnahkan hati, memakan jiwa. Aku kian tidak betah mencipta 'sabar' dengan tulikan telinga melihat segala kesulitan yang muncul.

Diam.

Aku pilih 'diam'. Aku pilih membisu. Aku pilih pekak. Aku pilih tuli. Aku pilih untuk terus melihat segalanya. Sehingga hari ini hati sudah tidak mampu bersabar. Diri sudah tidak tahu untuk tabah. Kaki yang bertahun gagah berdiri, longlai bila menyedari yang aku keseorangan menghadapi segalanya. Salah aku bila berpaling dari-NYA. Godaan syaitan terus membisik, supaya aku meluah segala amarah yang ada. Syaitan terus menggoda, supaya aku menghambur segala resah membusung didada. Syaitan terus mencucuk, supaya aku luahkan jerit pekik tangis yang selama ini cuma tersimpan rapi dipenjuru hati.


Allah. Allah. Allah.

bukan ini jalan yang aku pilih
tapi keadaan seolah memaksa.

Allah.

hinga saat ini
aku masih pilih untuk bekukan hati
aku masih pilih melepaskan rasa dalam diri
dengan ketukan aksara demi aksara dipapan kekunci.

Allah.

Aku letih.

Aku lelah.

adakalanya ingin sahaja aku pinta supaya
nafas ini berakhir.

tapi..

amalku belum mencukupi.
dosa dibahu kiri tak tertanggung beratnya.

Ampunkan aku Ya Allah..
kerna hari ini
aku pilih untuk tidak hormat
pada orang yang tidak tahu menghormati..

- kesabaran teruji lagi; pray for cheDiri -

Hujan Di Hati

hujan rasa yang kian membanjiri hati, Allah tabahkan aku.. :'(

Tuhan.
kalau betul ini adalah ujian Mu
kuatkan aku.

leraikan segala kesulitan ini
aku hanya ingin bernafas dengan tenang

Tuhan.
kalau ini kifarah atas segala dosaku
redhakan aku.

celikkan mata ku yang selama ini buta
terangkan hati aku yang selama ini gelap

Tuhan.
aku letih memendam rasa
aku lelah melihat kepincangan yang ada

Tuhan.
bukakan jalan untuk aku kembali.
pimpin tanganku menuju ke jalan Mu
kurniakan aku sinar dan hidayah..

Amin Ya Rabb..

- cari akhirat kalau dunia melelahkan kau cheDiri -

Monday, 19 August 2013

Satu Tika Dahulu

ohh satu tika dahulu
sebelum aku mengenali apa itu alam maya
segala coretan. segala tinta. segala luahan hati yang bersarang dijiwa
akan aku lontarkan dalam lembaran-lembaran kertas pada buku tertentu.

dan..
hari ini,
aku buka semula.

aku tatap setiap tinta yang tercoret.
ada yang tertulis kemas, menggambarkan tika itu hati tengah riang.
ada juga yang bagai cakar ayam, mungkin saja tika itu hati tengah walang.

bila meneliti setiap baris demi baris aksara yang tertera
hati aku terdetik sendiri, betapa zaman kanak-kanak adalah zaman aku redah sahaja.
buat segala apa yang dipinta oleh hati. lakukan semuanya yang terdetik dalam fikiran sendiri.
kadang tanpa aku sendiri mengetahui; apa akibat dan kesan yang akan aku sendiri perolehi..

menyelak semula lembaran-lembaran remaja.
saat dimana aku belajar berdikari dan menyendiri jauh dari pangkuan keluarga.
saat yang dalam ingatan aku,  ketika itu aku mula membuka mata melihat pentingnya pelajaran.
menyedari ada harapan yang tergalas dipundak sendiri, ada impian yang ingin melihat diri sendiri berjaya..

saat itu juga aku mula celik pada persahabatan dan percintaan.
dalam bergelut dengan ilmu untuk ke menara gading, aku turut berjuang
menjayakan dunia persahabatan. aku menganalisa satu demi satu alam percintaan para sahabat.
dan hasilnya sampai sekarang aku menyendiri, yakin dengan cinta hanya akan wujud selepas pernikahan.

berkali juga aku cuba untuk menghapuskan ruang kenangan yang tercoret.
tapi setiap kali tangan cuba melontar; hati membisik menegah.
dan hari ini aku ambik keputusan yang sama sekali lagi.
entah esok, entah lusa atau tulat bakalan aku
lemparkan segalanya.

bukan aku kejam.
bukan niat aku ingin melupakan.
tapi...
setiap kali aku buka semula
aku nampak 'kebodohan' seorang aku yang semalam.
aku lihat jatuhnya seorang aku pada waktu lalu.

biarlah. biar hanya kenangan indah
bersama sahabat-sahabat tersayang dalam ingatan.
yang pahit. yang perit. yang pedih.
ingin aku buang jauh..

untuk itu,
ini mungkin kali terakhir
aku merenung bait-bait kata
yang aku sendiri coretkan dilembaran bisu
bertahun dahulu....

- berbicara dimata pena; dalam lembaran bisu tak bernyawa -

Saturday, 17 August 2013

Kau Tahu


kau tahu kadang aku tak pernah faham apa mahunya manusia.

bila diam; disuruhnya bercakap.
bila bercakap; disuruhnya pula tutup mulut.

kau tahu kadang aku rasa ada baiknya aku berjalan sendiri.

ke belakang; dikatanya salah.
ke depan; dikatanya aku lupa diri.

kau tahu kadang aku fikir perlu apa adanya mereka disisi.

buat baik; dikatakan hipokrit.
buat jahat; dikatakan aku dah puas hidup.

kau tahu kadang aku ingin menghamburkan segala rasa dihati.

luahkan segalanya; ada hati yang akan tercalar.
pendamkan semuanya; hati sendiri bakalan punah.

kau tahu kadang aku  lelah..

letih bermain wayang dipentas dunia.
Mengabaikan segala apa mahunya diri sendiri.
Mengiakan apa mahunya orang-orang sekeliling...

kau tahu?
yea. realitinya aku tahu
yang kau tidak pernah tahukan?

- belajar 'kebalkan' diri sendiri -

Wednesday, 14 August 2013

Bisu Tanpa Kata


aku selalu berharap
akan ada yang memahami
tanpa perlu aku meluah sebarang kata.

tapi..
aku silap.

mana mungkin bicara bisu
mendatangkan pengertian kalau komunikasi
antara dua hala itu wujud untuk penterjemahan kata.

*kenangan

ada sahabat.
yang menadah telinga. menghulurkan bahu.
mengharap aku akan membicarakan segala rasa dihati.

aku pandang ke depan.
merenung malam yang gelap dan pekat.
sahabat disebelah menunggu untuk mendengar.

ya, pada hematnya aku mungkin hipokrit.
mungkin sahaja aku ego sendiri.

ada telinga tapi aku pilih untuk membisu
ada bahu untuk bersandar tapi aku pilih bersendiri.

aku pakukan pandangan dalam gelap.
kalau saat itu aku kalih ke tepi dan mata bertemu pandang
bakalan ada kaca berderai mewakili segala bicara yang terpendam.

dan..
akhirnya dalam malam yang sepi tanpa sebarang bicara itu
kau mengalah untuk memujuk aku meluah kata.

bicara bisu yang berlanjutan
akhirnya tak membawa ke mana.

bila aku pilih untuk pejam mata abaikan segalanya
bantal masih menjadi pilihan utama untuk aku hamburkan air mata.

sahabat.
kau bukan orang pertama yang memujuk aku meluah kata.
entah sejak bila aku belajar bisu melawan segala kepayahan yang ada.

walau aku hampir punah menahan sakit yang tersimpan sendiri dihati
walau aku tak betah berdiri melawan segala mehna mendatang

aku tetap pujuk diri; aku tenangkan hati
khabarkan yang hanya itu pilihan yang aku ada.

dan ditengah malam yang sunyi.
ada pesanan  yang mewakili.

''sahabat. Allah takkan menguji hamba-NYA luar dari kemampuan.."

pesan kau
aku pahat dalam ingatan
dalam tangis air mata sendirian; aku ukirkan senyum pahit.
Alhamdulillah saat aku terasa jatuh. aku masih ada dia yang bernama sahabat.

Maaf.
bukan sengaja aku pilih untuk diam.
tapi kalau bicarakan segalanya aku bakalan menoreh luka dihati berkali-kali.

- kisah yang aku benam dalam ingatan -

Saturday, 10 August 2013

Part of MyKerinduan

kalau tanya aku tentang kenangan lalu
dalam ingatan
hanya ada

primary school :

1 Bestari till 5 Bestari

6 Dinamik

Secondry school :

1D2 till 3D2

and then transfer to..

techcool :

4PPN/PCK till 5PPN/PCK

after finish school. futher study to..

Polimas :

DAT1C till DAT6C

pejam mata.
imbas semula satu persatu..

yaa. both of them adalah family aku. sahabat dunia akhirat.
walau kadang aku cuma ingat certain nama mereka yang ada dalam kelas.
yang pasti geng2 aku akan tetap kukuh dalam ingatan.
trimas korang. untuk kenangan yang kita cipta bersama.
walau tak selamanya kita bersama..
walau jarak dan masa
memisahkan.

*rindu :'(

- maaf andai aku pilih menjauh -