Saturday, 26 January 2013

Keseorangan Lagi

aku rasa
kalau semua orang bosan
akan pegang buku terus study
mesti kebarangkalian semua pelajar
untuk mendapat 4flat adalah teramat tinggi. kan ?

just do it !

-buhsan tahap luar alam; study n study-

Friday, 25 January 2013

Hanya kerna DIA

aku hanya ingin pohon pada Allah supaya hadirkan aku sepasang tangan..

tangan yang mampu membangkitkan aku dari rebah
kerana aku tidak tahu sampai bila aku mampu menggagahkan tulang belakang untuk terus berdiri.

tangan yang boleh membimbing aku ke jalan yang diredhai
kerana aku letih berada dalam gelap dan lelah melawan godaan dunia

tangan yang mampu menyedarkan aku dari lena
kerana betapa selama ini aku gagal menjadi insan yang layak dibanggakan dalam islam

Ya Rabb
hadirkan aku sepasang tangan yang mampu mentarbiah hati yang gersang dengan iman
sesungguhnya aku hanya ingin mencintai insan yang cintanya hanya buat-MU

amin..

:'(

-rindu kasihnya yang aku rasa kian pudar dalam diri-

Sunday, 20 January 2013

Mati bersama hati

Pada segala rasa yang kadang buat aku alpa;
sungguh mengawal hati sendiri adakalanya sukar sama sekali.

hati itu kecil,
kecil yang kadang tidak mampu menampung segala beban yang ada
bila derita hati merasa, air mata jatuh sebagai pengganti.
andai tercarik duka nestapa, hati mengecil
membawa walang dalam diri.

aku pernah merasa,
hati yang sendiri dan terasing..
dalam pelbagai situasi..

sebuah rumah besar didalam kota,
tersergam indah menerbitkan bangga si pemilik rumah.
penghuninya ramai, tapi masing-masing sibuk dengan dunia sendiri
sehingga ada hati terbiar sendiri. retak dan pecah kesunyian..

sebuah rumah kecil dihujung padang,
dihening petang, mentari jingga melabuhkan tirai.
sendirian menitis air mata merenung tirai yang melabuhkan senja
dan hati itu kian terasa suram tidak berteman..

mencari pelangi dalam gelap,
kadang kala sukarnya buat aku tertunduk.
sukar mengertikan hati yang ditengah keriuhan manusia
dia rasa keseorangan meledani sepi..

rumah besar atau rumah kecil
kalau sendiri melayan sepi; hati tetap tersentuh walau secuit rasa.

keseorangan atau ditengah lautan manusia
kalau kata hati tak pernah nak memahami tuan dan difahami orang;
tetap pilu bakal menyelubungi jiwa.

belajarlah mengawal hati..
kosong itu kau rasa kerna kekurangan iman didada.......

Friday, 18 January 2013

Bila tak keruan

Dia kata;

hati-hati menjaga hati.

tapi..

Dia tidak tahu

hati aku

dah lama

mati.

Sunday, 13 January 2013

Dia Bukan Mimpi

Tidak guna kau memerah semerih
sehingga terjengil anak tekak jika diakhirnya
yang tercungap-cungap melawan lelah adalah kau sendiri juga.

jalan dan lihat dia dari jauh.
ada waktu bila letih mengepung diri kau lari jauh.

tapi
kau silap. dari kedah bawa ke penang
apa yang kau jumpa. apa yang kau lihat ?
bayang 'dia' ada dimana-mana.

lihat.
apa yang tuhan aturkan.
biar jenuh kau alihkan pandangan
biar lelah kau atur langkah kaki ke jalan jauh
semata-mata ingin mengelak langkah kaki bertemu mata
tuhan tetap temukan dengan apa yang kau elak.

kau tak sehebat mana nak lawan percaturan takdir ilahi.
redha dan terima. redah dan laluinya dengan tabah.
semoga kekuatan itu makin utuh.

si belang biru.
terima kasih kerana menganggu gugat ketenangan hati !

-4bulan tu memang tak lama. tapi 4bulan macam 4tahun-

Tuesday, 8 January 2013

Terus Tersenyum

Senyumlah..
pada kata yang musnahkan rasa
sehingga jiwa mati ditimpa
kecewa.

Senyumlah..
pada minda yang alpa akan ketentuan
bila gentar melawan rusuhan
derita.

Senyumlah..
pada pahitnya lidah menyangkal segala resah
tatkala kita lupa hakikat sebenar
kehidupan.