tangan yang mampu membangkitkan aku dari rebah
kerana aku tidak tahu sampai bila aku mampu menggagahkan tulang belakang untuk terus berdiri.
tangan yang boleh membimbing aku ke jalan yang diredhai
kerana aku letih berada dalam gelap dan lelah melawan godaan dunia
tangan yang mampu menyedarkan aku dari lena
kerana betapa selama ini aku gagal menjadi insan yang layak dibanggakan dalam islam
Ya Rabb
hadirkan aku sepasang tangan yang mampu mentarbiah hati yang gersang dengan iman
sesungguhnya aku hanya ingin mencintai insan yang cintanya hanya buat-MU
amin..
:'(
-rindu kasihnya yang aku rasa kian pudar dalam diri-