Sunday, 13 January 2013

Dia Bukan Mimpi

Tidak guna kau memerah semerih
sehingga terjengil anak tekak jika diakhirnya
yang tercungap-cungap melawan lelah adalah kau sendiri juga.

jalan dan lihat dia dari jauh.
ada waktu bila letih mengepung diri kau lari jauh.

tapi
kau silap. dari kedah bawa ke penang
apa yang kau jumpa. apa yang kau lihat ?
bayang 'dia' ada dimana-mana.

lihat.
apa yang tuhan aturkan.
biar jenuh kau alihkan pandangan
biar lelah kau atur langkah kaki ke jalan jauh
semata-mata ingin mengelak langkah kaki bertemu mata
tuhan tetap temukan dengan apa yang kau elak.

kau tak sehebat mana nak lawan percaturan takdir ilahi.
redha dan terima. redah dan laluinya dengan tabah.
semoga kekuatan itu makin utuh.

si belang biru.
terima kasih kerana menganggu gugat ketenangan hati !

-4bulan tu memang tak lama. tapi 4bulan macam 4tahun-