12|60|26
kelam.
bukan pada langkah kaki yg tidak hadirkan diri.
tapi pada langkah kaki yg pergi tak tahu bila bertemu kembali..
12|60|27
pandang hadapan. sibukkan diri.
berhenti mengharap pada sesuatu yg xpasti.
'dia' xkan pernah ada lg..
12|60|28
pandang sebelah. pejam mata rapat2..
keajaiban apakah ini. takdir seolah mendengar suara hati.
buka mata. hela nafas panjang.
nampak 'dia' berdiri kembali..
12|60|29
terbang tinggi..
menggapai awan, menyelusuri pelangi.
tiba saatnya semua akan pasti...
Awak,
Hari
itu bukan kali pertama saya melihat awak. Bukan tidak pernah awak mengikut abang awak ke pejabat. Awak seperti mereka yang lain. Saya pandang sekali
lalu, kerana sebetulnya saya tiada urusan apa-apa pun dengan awak. Saya biarkan
awak dengan kerja awak dan saya dengan kerja saya. Tapi entah kenapa hari itu
lain jadinya. Mungkin kerana kerja awak menganggu kerja saya. Saya tidak tahu
siapa awak. Yang saya tahu awak adik majikan saya. Kedatangan awak sekadar
untuk membantu membaiki Komputer. Dan awak pelajar ijazah jurusan multimedia di
Universiti Sains Malaysia.
Awak,
Minggu
itu minggu terakhir saya di situ. Dan takdir seolah-olah memberi peluang untuk
saya kenali awak. Urusan awak bukan sekadar hari itu dan di situ. Tapi awak
berjaya mencuit hati kecil saya yang orang lain kata, beku dan keras.
Pelikkan? Saya terus melakukan kerja
saya, minggu terakhir yang buat saya cemburu pada sang labah-labah kerana punya
banyak kaki serta tangan. Saya lakukan satu persatu dengan tenang, dan
kedatangan awak seolah menaikkan lagi semangat saya yang kian pudar dek
kesibukan yang teramat sangat.
Awak,
Pada mulanya saya pandang awak tanpa perasaan. Tapi tengahari itu, hati saya mula tertarik dengan awak. Waktu kakak ipar awak merangkap bos saya ajak
awak makan dan awak cakap awak puasa. Betul, saya terkedu. Masih ada lagi
lelaki yang puasa tanpa menunggu kedatangan ramadhan. Saya biarkan awak dengan
kerja awak. Saya di tempat saya dan awak di hujung sana. Sesekali mata saya
mencuri pandang awak, kalau emak saya tahu saya mencuri pandang anak teruna
orang habislah saya awak. Tapi entah kenapa, desakan hati untuk melihat awak
saya turutkan juga.
Awak,
Waktu
saya sedang sibuk menolong rakan lain di pejabat awak datang menghampiri. Saya
tunggu butir bicara yang akan keluar dari mulut awak. Rupanya awak ingin
bertanyakan arah khiblat untuk solat zohor. Waktu itu saya rasa awak sweet sangat. Saya ikut awak ke pantry, lalu saya tunjukkan arah khiblat. Ikut desakan hati ingin saya terus memandang wajah awak yang dibasahi wuduk. Namun saya sabarkan diri dan terus menepis zina mata. Dan hati seolah-olah ingin terbang pergi mendapatkan awak. Selepas itu, awak minta untuk
tengok komputer saya dan saya bangun untuk duduk di meja belakang. Waktu itu
saya pandang awak dengan perasaan yang berbaur. Saya sendiri tidak tahu
perasaan apakah ini?
Awak,
Setiap
gerak-geri kerja awak, saya lihat daripada belakang. Biar pun tidak nampak wajah
dan air muka awak, saya tidak kisah. Bila awak cakap komputer saya perlu di
formatkan semula, hati saya berbunga harapan. Kerna saya tahu esok pasti awak
datang lagi. Sebab waktu seakan tidak mencukupi untuk awak teruskan segala kerja
di situ. Seharian awak di situ, semangat saya menjulang tinggi. Saya tidak mengerti kenapa awak? Kenapa hati saya
kata awak ilham saya. Kenapa bukan Pengurus syarikat Bina Jaya Corporation yang
berketrampilan di masa muda, kaya raya, dan punya segalanya. Kenapa bukan si
budak sibuk Lavista Building, yang selalu bajet smart tidak ketahuan hala. Kenapa
hati saya pilih awak..? Awak tidak kacak dan kaya seperti mereka, tapi pada saya awak punya keistimewaan tersendiri..
Awak,
Hari-hari terakhir saya indah hanya kerana awak. Terima kasih kerna hadir saat semangat saya hilang entah ke mana. Awak datang lagi. Gigih menyambung tugasan yang tergendala semalam. Adakalanya saya rasa awak sebahagian dari kami dipejabat. Bila mereka cakap awak staff baru dipejabat, awak hanya senyum dan mengiakan segalanya. Saya tahu awak malu berada dikalangan kami. Siapa yang betah berada dikalangan hawa yang lebih dari seorang bila dia hanya satu-satunya Adam yang ada. Saya faham perasaan awak. Walaupun pendiam tapi awak mudah mesra. Akhirnya beberapa jam memperbaiki komputer awak berjaya menghilangkan kekok dikalangan semua.
Awak,
Waktu awak tengah format komputer saya, saya pandang awak dari belakang. Saya pakukan pandangan mata saya ke arah awak, puas berfikir. Entah
kenapa saya tak nampak awak macam orang-orang lain. Saya nampak awak adalah
awak yang punya keistimewaan tersendiri. Hati saya cuma tersentuh bila lihat
awak bersusah payah datang ke pejabat, tunggu sampai petang dan selesaikan
semua masalah. Tanpa keluh kesah awak layan ragam kami yang buta IT satu persatu. Walaupun hal yang kecil dan remeh tetap awak bantu kami selesaikannya. Awak gerakkan mouse ke sana dan ke sini dikomputer saya, waktu itu saya rasa tangan kita bersatu kerana mouse itu juga yang saya pegang hari-hari. Awak seolah-olah menggenggam erat tangan saya untuk meredah hari-hari sukar. Dan tika ini saya hanya mampu tersenyum mengenang kembali igauan nakal saya itu.
Awak,
Bukan mudah untuk seseorang itu menyentuh hati saya.
Saya sendiri hairan dengan hati saya, kenapa dia pilih awak? Awak saya tunggu
awak. Saya nak lihat wajah terakhir awak. Saya tahu petang itu tugasan awak dah selesai. Tapi jam dah menujukkan pukul 3. Saya
masih belum solat. Saya lihat awak dari jauh, awak sedang berborak dengan
bos saya dalam biliknya. Saya tahu awak dah nak pulang… dengan hati yang bercangkaliwang, saya berlalu ke belakang untuk menunaikan solat. Hati saya berat untuk melepaskan awak tapi saya tahu DIA ada bersama saya. dan.. benar semangat saya merundum untuk kesekian kalinya. Kembalinya saya, awak dah pergi. Waktu itu saya rasa bumi seolah-olah berhenti berputar untuk beberapa saat..
Awak,
Habis sahaja time pejabat saya pandu kereta untuk pulang dengan jiwa yang kosong. Waktu itu saya rasa kehilangan yang teramat sangat. Saya sendiri tidak tahu apa yang sudah terjadi dengan diri saya. Kita tak rapat, mesra pun bukan. Saya insan yang suka bersendiri, dan awak seorang pendiam. Bagi orang lain gabungan kita serba tidak kena. Awak tidak pernah tanya siapa saya, dan kadangkala saya nampak pandangan pelik awak. Saya gadis kecil yang masih punya cita-cita setinggi langit, dan saya kira dalam kalangan staff lain dipejabat saya paling muda. Dan pernah satu waktu seorang staff yang saya anggap kakak memberitahu awak ada bertanyakan tentang saya pada dia. Awak juga hairan kenapa seorang budak kecil macam saya boleh berada disitu. Waktu itu ada desah desus memperincikan perhubungan yang saya tahu tidak akan wujud antara kita, tapi saya hanya tersenyum tidak berkata apa-apa.
Awak,
Saya tidak tahu pukul berapa saya tiba dirumah. Tapi saya ingat lagi bagaimana kritikalnya perasaan saya ketika itu. Kereta meluncur laju dengan jiwa yang kosong. Hujan lebat mengiringi perjalanan saya seolah mengerti hati dan perasaan saya ketika itu, dan hujan dimata mengaburi seluruh pandangan saya. Teresak-esak saya melepaskan segala beban yang tersarang dijiwa dengan tangisan sendirian. Betul sehingga kini, saya tidak tahu kenapa saya harus membazirkan air mata untuk seseorang yang hanya baru 2 hari saya suka. Adakalanya saya terfikir kenapa Allah s.w.t menghadirkan rasa ini, tapi membawa awak pergi jauh dari saya ? ohh tidak patut saya berfikir bukan-bukan, mengenali awak adalah saat terindah dalam hidup saya. Dan saya percaya percaturan Ilahi itu ada hikmah disebaliknya.
Awak,
Saya ingat 4 hari terakhir itu awak akan sentiasa
ada. Namun saya silap. Hari pertama dan kedua awak ada. Datang dan senyum
sentiasa. Hari ketiga saya nanar sendiri. Tungu dan terus menunggu. Jahatkan
saya, tika semua staff pejabat mengatakan muka saya keruh dan kelam kerana sedih untuk
meninggalkan mereka sebenarnya saya sedih menunggu awak. Harapan yang
menggunung terus saya tarah perlahan-lahan. Sehingga saya terpaksa akui, saya
lemah hanya kerana mengingati awak.. Petang semalam. saya tahu itu kali terakhir saya
melihat awak. Saya harap jodoh akan mempertemukan kita semula. Sakitnya terasa
bila kali terakhir awak melangkah pergi saya tiada disitu. Di sudut hati saya, saya
berharap awak akan kembali semula esok. Saya harap tuhan akan mempertemukan
kita kembali..
Awak,
Esoknya seharian saya menunggu. Saya buka telinga
luas-luas untuk mendengar apa kata mereka. Yup, saya tahu semua kerja awak dah
selesai. Saya tahu tugasan awak dah habis disini. Tapi awak lupa utuk
kembalikan semula hati saya. Bila ada masalah tentang komputer mereka sebut-sebut
nama awak. Waktu itu muka saya bercahaya sebab saya harap awak akan datang
membantu. Saya semakin tidak mengerti
dengan hati sendiri. Tapi sayang sekali, penantian saya berakhir begitu
sahaja dan awak tetap tidak menampakkan diri..
Awak,
Maaf bukan sengaja saya hendak menyusahkan awak.
Komputer saya itu seolah mengerti rasa hati saya, dia seolah tahu saya hendak
melihat awak untuk saat terakhir saya disini. Dan saya sendiri ingin mengakhiri hari saya disini dengan melihat awak. Harapan untuk ketemu semula dengan awak kembali segar dihati. Sungguh saya sibuk dihari terakhir bergelar pekerja disitu, dan dicelah kesibukan mengetuk papan kekunci menaip aksara demi aksara untuk report milik client sempat juga saya menghitung detik demi detik yang berlalu. Sesekali saya pandang jam ditangan, waktu hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi. Dan awak masih belum kelihatan..
Awak,
Bila matahari hampir melabuhkan tirainya, saya benam segala harapan yang bertunas dihati sedalam-dalamnya. Entah kenapa kekecewaan menyelubungi diri. Dan dalam sibuk melayan rasa, saya tunduk ke bawah seolah tidak ingin melihat ke hadapan. Benar saya semakin gusar dengan resah didada. Mata saya pejam rapat-rapat. Sukarnya untuk menerima kenyataan yang awak takkan pernah ada lagi. Tangisan didada saya mewakili mendung hati saya yang gelap gelita. Keajaiban apakah ini ? Takdir seolah mendengar suara hati. Saya buka mata dan angkat kepala, lalu saya hela nafas panjang. Nampak awak berdiri dihadapan pintu sambil mengukir senyuman. dan.. saya terus terpaku.
Awak,
Terima kasih untuk saat terakhir kehadiran awak. Terima kasih kerana berjaya membuat saya seperti zombie hidup yang berjalan tidak tentu arah. Terima kasih kerana mengucar kacirkan perasaan saya. dan.. kini saya lepaskan awak pergi. Awak bebas terbang ke mana sahaja awak ingin pergi, tapi seandainya suatu hari nanti takdir mengikat awak dengan saya, awak dah tidak boleh ke mana lagi. dan seandainya ditakdir jodoh milik kita saya terima dengan hati yang terbuka. Awak jaga diri, jaga iman. berbahagialah dimana jua awak berada, terbang tinggi menggapai awan dan menyelusuri pelangi. Tiba saatnya semua akan pasti..
Awak,
Saya tunggu awak..
Awak,
Saya tunggu awak..
saat akhir.
manisnya mendatangkan diabitis.
parahnya begitu terasa...
muka kelam;
pandangan kosong..
bukan kerna 'dia' yg xkunjung tiba. tapi..
pada 'dia' yg melangkah pergi entah bila akan ketemu lg...
saat akhir.
bukan bulan-bulan resah yg ingin aku lupa.
tapi 2 hari yg terlampau manis sehingga diabitis tidak ku sedari..
-cita-cita come first; cinta cuma bikin frust-
