Matanya aku tatap dalam-dalam. Cuba untuk membaca isi hatinya, walau nyata aku selalu gagal menebak apa yang ada difikirannya. Adakala tingkahnya aku perhati dengan teliti, cuba untuk belajar memahami seorang dia. Fikiran aku kerah semampu yang mungkin, hanya kerna aku ingin tahu perasaannya.
Dalam dia tersenyum aku tahu dia sepi. Dalam dia ketawa aku tahu ada tangisan dihati. Aku juga simpati. Pandangan orang luar mengatakan dia insan yang malang sekali. Gagal memperolehi kasih sayang sejak azali. Tapi selagi nafas aku masih menderu dan nadi berdetak, tidak akan aku biarkan dia sendiri. Aku akan terus menampung segala kekurangan yang ada pada dia, kerna aku sayang dia.
Dia hadir saat aku rasa hidup ini tidak bermakna. Dia anugerah Tuhan waktu aku lelah menongkah arus derita. Datangnya dia membawa seribu cahaya. Mewarnai kehidupan aku yang dulunya kusam dan membawa sinar ke dalam hati yang hampir mati dimamah gelap gelita. Dialah permata, dan dia salah seorang manusia ajaib yang mampu buat aku ketawa.
Kini dia segalanya. Walau kadang timbul ralat pada hati. Dia insan yang teruji sejak kecil, dan aku harap dia akan membesar menjadi insan yang kebal dengan segalanya. Doa aku akan sentiasa mengiringinya. Andai satu saat nanti semua berpaling dari dia, aku kan tetap berdiri disebelah. Menemani hari-hari sukar dan melewati waktu-waktu getir.
Untuk dia terima kasih kerana menjadi salah seorang dari manusia ajaib aku. Terima kasih untuk orang yang menghadirkan dia dan manusia ajaib lain ke dalam hari-hari sepi aku. Kerana mereka aku terus mengait benang-benang kesabaran dalam diri. Kerna mereka aku kan terus cuba untuk bertahan, walau hakikat aku hampir rebah ditirai waktu.
Manusia ajaib 1 :
dia hadir awal dahulu
dan kasih sayang aku tepu hanya untuk dia.
Manusia ajaib 2 :
Kau buat aku tabah hadapi hari-hari sukar
dan sayang aku tak berbelah bahagi buat kau.
Manusia ajaib 3 :
Kehadiran kau membuahkan tawa
terima kasih buat hidup aku ceria
Manusia ajaib 4 :
coming soon :')
ohh ada orang pernah tanya kenapa manusia ajaib ?
jawapan aku mudah;
sebab mereka buat aku tertawa saat ingin menangis !
-Love both of you; kasih aku buat kalian-
