Monday, 31 December 2012

say hai-hai, bye-bye

penutup kepada 2012;

pergilah derita, usirlah air mata..
jauhlah kenangan yang menyemak ingatan..
cukuplah ditahun ini kita bersama.

welcome 2013;

semoga rasa ini bakal menemui titik berpenghujung.
semoga jalan aku tidak lagi tempang.
semoga punah tidak lagi bersama.
semoga 'dia' bukan lagi 'dia'.
semoga makin kuat.

-kenangan terakhir 2012; awal mentari membiaskan cahaya 
sibelang biru muncul dihadapan mata-

Saturday, 29 December 2012

Memang Allah Sengaja

"SESUNGGUHNYA, ALLAH MEMANG SENGAJA..."

Memang Allah sengaja menemukan kita,
Dengan orang yang salah supaya kita dapat
Menjadi penilai yang baik..

Memang Allah sengaja menemukan kita,
Dengan orang yang salah supaya kita sedar,
Bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa
mengharapkan pertolongan Allah..

Memang Allah sengaja menemukan kita,
Dengan orang yang salah supaya kita dapat
kasih sayang yang terbaik, khas untuk diri kita..

Memang Allah sengaja menemukan kita,
Dengan orang yang salah supaya kita sedar,
Bahawa Allah maha pemurah dan penyayang,
kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan
yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa hadapan..

Memang Allah sengaja menemukan kita,
Dengan orang yang salah supaya kita dapat
Mengutip pengalaman yang tidak semua orang
berpeluang untuk mengalaminya..

Memang Allah sengaja menemukan kita,
Dengan orang yang salah supaya kita jadi
manusia yang hebat jiwanya..

Memang Allah sengaja menemukan kita,
Dengan orang yang salah supaya kita lebih
faham bahawa CINTA yang terbaik
hanya ada bersama Allah..

Memang Allah sengaja menemukan kita,
Dengan orang yang salah supaya kita
lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal..

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana CINTA,
fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tidak pasti sama ada menjadi milik kita.
Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhan-NYA
dan meninggalkan larangan-NYA..

percayalah..
sesungguhnya Allah malu untuk menolak
permintaan hamba-NYA yang menadah tangan meminta
dengan penuh pengharapan hanya kepada-NYA....

||sumber : Kembara Wasilah edisi 1/2009 Jan||

-tabah kerna harapan yang masih bergalang dijiwa-

Friday, 28 December 2012

Dia Pelangi Hati

*pelangi hati*

berbulan aku mencari
ke mana hilangnya kesayangan aku yang seorang itu ?

dan
hari ini dia kembali..

Ya Allah,
tautkan hati kami menjadi satu.
amin..

-kalau hati boleh dibaca, kau takkan tanya mana hilangnya sayang dalam diri-

Wednesday, 26 December 2012

Rindu mereka



rasa nak post macam-macam.
berkali aku taip entri dan pada ayat last aku tekan delete.

rasa hati ntah apa-apa
semalaman tidak boleh tidur

melontar segala ingatan pada masa lalu.
rindu mengebu dijiwa.

dan hari ini
aku dengan berjayanya menjadi zombie hidup
yang bergerak tak jejak tanah.

ingatan aku selak satu persatu
merindui semua yang bernama kawan yang pernah singgah dalam hidup aku.

dari zaman tadika
ke zaman sekolah rendah

dari zaman mengenal dewasa di sekolah menengah harian biasa
ke zaman berdikari sendiri di sekolah teknik.

dan pada masa kini
di politeknik.

Tuhan,
walau dimana kesayangan aku berada
payungilah mereka dengan bahagia.
amin..

-angin.. bawa rindu ini kepada mereka kesayanganku-

Bahagia untuk mereka

tahniah untuk seorang rakan, teman dan sahabat 
dalam meniti hari ketika aku terlontar jauh dari keluarga didunia tekkul.

macam baru semalam dia mengungkap kata-kata nasihat
memujuk aku yang gusar dengan rasa

macam baru semalam dia melontarkan pandangan
membawa aku ke jalan kebenaran

macam baru semalam dia menemani hari-hari sepi
mengubat lara kala aku sendirian

macam baru semalam kami bersama
macam baru semalam kami kenal
macam baru semalam kami terpisah

dan esok;
dia bakal mengakhiri zaman bersendiri.

tahniah untuk dia yang aku sayang.

semoga Allah merahmati kalian
amin.

-2nd kawan baik yang akan berkahwin; after ratu air mata. happy untuk mereka-

Tuesday, 25 December 2012

Gelap Tak Berpenghujung

bila mimpi membawa kepada ilusi
hingga aku lelah sendiri

bila khayalan membawa ke dalam dunia tidak berpenghuni
hingga aku sesat tidak jumpa jalan pulang

puas aku cuba menganyam bahagia
puas juga aku cuba mencantas putik-putik derita
sehingga akhirnya aku tewas sendirian..

kala sendiri aku sepi
tapi bila dalam lautan keriuhan aku gusar mengawal perasaan

untuk itu aku pilih mendiamkan diri
melontar segala pandangan ke dunia yang sunyi
biar keseorangan aku betah menjaga hati..

cuba untuk memujuk diri
mendung ini akan berarak pergi..


-teruskan berjalan; walau gelap menanti dihadapan-

Sunday, 23 December 2012

Langkah demi langkah


teruskan berjalan..
dia ada dihadapan menanti dengan sabar.

teruskan berjalan..
untuk dapatkan dia yang kau sayang.

teruskan berjalan..
jangan toleh walau kenangan lalu kembali menghantui.

teruskan berjalan..
walau ada duri yang menghalang dan kau akan sakit.

teruskan berjalan..
biarpun dia tidak dapat kau gapai.

teruskan berjalan..
percaya yang cita-cita akan menyelubungi segala cinta.

teruskan berjalan..
dapatkan segala yang kau impikan untuk sekian lamanya.

teruskan berjalan..
menggapai cita-cita, mengamit cinta.

-cinta akan hadir bila tiba masanya-

Friday, 21 December 2012

Manusia Ajaib


Matanya aku tatap dalam-dalam. Cuba untuk membaca isi hatinya, walau nyata aku selalu gagal menebak apa yang ada difikirannya. Adakala tingkahnya aku perhati dengan teliti, cuba untuk belajar memahami seorang dia. Fikiran aku kerah semampu yang mungkin, hanya kerna aku ingin tahu perasaannya.

Dalam dia tersenyum aku tahu dia sepi. Dalam dia ketawa aku tahu ada tangisan dihati. Aku juga simpati. Pandangan orang luar mengatakan dia insan yang malang sekali. Gagal memperolehi kasih sayang sejak azali. Tapi selagi nafas aku masih menderu dan nadi berdetak, tidak akan aku biarkan dia sendiri. Aku akan terus menampung segala kekurangan yang ada pada dia, kerna aku sayang dia.

Dia hadir saat aku rasa hidup ini tidak bermakna. Dia anugerah Tuhan waktu aku lelah menongkah arus derita. Datangnya dia membawa seribu cahaya. Mewarnai kehidupan aku yang dulunya kusam dan membawa sinar ke dalam hati yang hampir mati dimamah gelap gelita. Dialah permata, dan dia salah seorang manusia ajaib yang mampu buat aku ketawa.

Kini dia segalanya. Walau kadang timbul ralat pada hati. Dia insan yang teruji sejak kecil, dan aku harap dia akan membesar menjadi insan yang kebal dengan segalanya. Doa aku akan sentiasa mengiringinya. Andai satu saat nanti semua berpaling dari dia, aku kan tetap berdiri disebelah. Menemani hari-hari sukar dan melewati waktu-waktu getir.

Untuk dia terima kasih kerana menjadi salah seorang dari manusia ajaib aku. Terima kasih untuk orang yang menghadirkan dia dan manusia ajaib lain ke dalam hari-hari sepi aku. Kerana mereka aku terus mengait benang-benang kesabaran dalam diri. Kerna mereka aku kan terus cuba untuk bertahan, walau hakikat aku hampir rebah ditirai waktu.

Manusia ajaib 1 : 
dia hadir awal dahulu
dan kasih sayang aku tepu hanya untuk dia.

Manusia ajaib 2 :
Kau buat aku tabah hadapi hari-hari sukar
dan sayang aku tak berbelah bahagi buat kau.

Manusia ajaib 3 :
Kehadiran kau membuahkan tawa
terima kasih buat hidup aku ceria

Manusia ajaib 4 :
coming soon :')

ohh ada orang pernah tanya kenapa manusia ajaib ?
jawapan aku mudah;
sebab mereka buat aku tertawa saat ingin menangis !

-Love both of you; kasih aku buat kalian-

Thursday, 20 December 2012

Tinta Untuk Awak

12|60|26
kelam.
bukan pada langkah kaki yg tidak hadirkan diri.
tapi pada langkah kaki yg pergi tak tahu bila bertemu kembali..

12|60|27
pandang hadapan. sibukkan diri.
berhenti mengharap pada sesuatu yg xpasti.
'dia' xkan pernah ada lg..

12|60|28
pandang sebelah. pejam mata rapat2..
keajaiban apakah ini. takdir seolah mendengar suara hati.
buka mata. hela nafas panjang.
nampak 'dia' berdiri kembali..

12|60|29
terbang tinggi..
menggapai awan, menyelusuri pelangi.
tiba saatnya semua akan pasti...


   Awan pawana terik mentari itu seolah mengerti perasaan saya pada awak. Langit mendung, seperti kelamnya muka saya untuk menerima hakikat yang ini pertemuan terakhir kita. Jujurnya ini bukan kali pertama saya tertarik dengan seorang jejaka. Tapi seperti selalu saya biarkan segala rasa terbuku di dada. Bagi saya sekarang bukan masanya untuk bercinta. Saya insan kerdil yang punya cita-cita setinggi langit. Ingin mengapai awan dan menyelusuri pelangi. Banyak sebenarnya yang saya ingin ungkapkan ketika berhadapan dengan awak. Tapi saya lebih selesa memandang awak daripada belakang dan membiar hati berperang dengan perasaan. Sendirian saya memujuk hati, insyaallah ada jodoh akan kita bertemu kembali. Kerana enggan berkata-kata juga saya biarkan jari jemari saya mengarang tinta ini untuk awak.

Awak,
   Hari itu bukan kali pertama saya melihat awak. Bukan tidak pernah awak mengikut abang awak ke pejabat. Awak seperti mereka yang lain. Saya pandang sekali lalu, kerana sebetulnya saya tiada urusan apa-apa pun dengan awak. Saya biarkan awak dengan kerja awak dan saya dengan kerja saya. Tapi entah kenapa hari itu lain jadinya. Mungkin kerana kerja awak menganggu kerja saya. Saya tidak tahu siapa awak. Yang saya tahu awak adik majikan saya. Kedatangan awak sekadar untuk membantu membaiki Komputer. Dan awak pelajar ijazah jurusan multimedia di Universiti Sains Malaysia.

Awak,
   Minggu itu minggu terakhir saya di situ. Dan takdir seolah-olah memberi peluang untuk saya kenali awak. Urusan awak bukan sekadar hari itu dan di situ. Tapi awak berjaya mencuit hati kecil saya yang orang lain kata, beku dan keras. Pelikkan?  Saya terus melakukan kerja saya, minggu terakhir yang buat saya cemburu pada sang labah-labah kerana punya banyak kaki serta tangan. Saya lakukan satu persatu dengan tenang, dan kedatangan awak seolah menaikkan lagi semangat saya yang kian pudar dek kesibukan yang teramat sangat.

Awak,
   Pada mulanya saya pandang awak tanpa perasaan. Tapi tengahari itu, hati saya mula tertarik dengan awak.  Waktu kakak ipar awak merangkap bos saya ajak awak makan dan awak cakap awak puasa. Betul, saya terkedu. Masih ada lagi lelaki yang puasa tanpa menunggu kedatangan ramadhan. Saya biarkan awak dengan kerja awak. Saya di tempat saya dan awak di hujung sana. Sesekali mata saya mencuri pandang awak, kalau emak saya tahu saya mencuri pandang anak teruna orang habislah saya awak. Tapi entah kenapa, desakan hati untuk melihat awak saya turutkan juga.

Awak,
   Waktu saya sedang sibuk menolong rakan lain di pejabat awak datang menghampiri. Saya tunggu butir bicara yang akan keluar dari mulut awak. Rupanya awak ingin bertanyakan arah khiblat untuk solat zohor. Waktu itu saya rasa awak sweet sangat. Saya ikut awak ke pantry, lalu saya tunjukkan arah khiblat. Ikut desakan hati ingin saya terus memandang wajah awak yang dibasahi wuduk. Namun saya sabarkan diri dan terus menepis zina mata. Dan hati seolah-olah ingin terbang pergi mendapatkan awak. Selepas itu, awak minta untuk tengok komputer saya dan saya bangun untuk duduk di meja belakang. Waktu itu saya pandang awak dengan perasaan yang berbaur. Saya sendiri tidak tahu perasaan apakah ini?

Awak,
   Setiap gerak-geri kerja awak, saya lihat daripada belakang. Biar pun tidak nampak wajah dan air muka awak, saya tidak kisah. Bila awak cakap komputer saya perlu di formatkan semula, hati saya berbunga harapan. Kerna saya tahu esok pasti awak datang lagi. Sebab waktu seakan tidak mencukupi untuk awak teruskan segala kerja di situ. Seharian awak di situ, semangat saya menjulang tinggi. Saya tidak mengerti kenapa awak? Kenapa hati saya kata awak ilham saya. Kenapa bukan Pengurus syarikat Bina Jaya Corporation yang berketrampilan di masa muda, kaya raya, dan punya segalanya. Kenapa bukan si budak sibuk Lavista Building, yang selalu bajet smart tidak ketahuan hala. Kenapa hati saya pilih awak..? Awak tidak kacak dan kaya seperti mereka, tapi pada saya awak punya keistimewaan tersendiri..

Awak,
   Hari-hari terakhir saya indah hanya kerana awak. Terima kasih kerna hadir saat semangat saya hilang entah ke mana. Awak datang lagi. Gigih menyambung tugasan yang tergendala semalam. Adakalanya saya rasa awak sebahagian dari kami dipejabat. Bila mereka cakap awak staff baru dipejabat, awak hanya senyum dan mengiakan segalanya. Saya tahu awak malu berada dikalangan kami. Siapa yang betah berada dikalangan hawa yang lebih dari seorang bila dia hanya satu-satunya Adam yang ada. Saya faham perasaan awak. Walaupun pendiam tapi awak mudah mesra. Akhirnya beberapa jam memperbaiki komputer awak berjaya menghilangkan kekok dikalangan semua.

Awak,
   Waktu awak tengah format komputer saya, saya pandang awak dari belakang. Saya pakukan pandangan mata saya ke arah awak, puas berfikir. Entah kenapa saya tak nampak awak macam orang-orang lain. Saya nampak awak adalah awak yang punya keistimewaan tersendiri. Hati saya cuma tersentuh bila lihat awak bersusah payah datang ke pejabat, tunggu sampai petang dan selesaikan semua masalah. Tanpa keluh kesah awak layan ragam kami yang buta IT satu persatu. Walaupun hal yang kecil dan remeh tetap awak bantu kami selesaikannya. Awak gerakkan mouse ke sana dan ke sini dikomputer saya, waktu itu saya rasa tangan kita bersatu kerana mouse itu juga yang saya pegang hari-hari. Awak seolah-olah menggenggam erat tangan saya untuk meredah hari-hari sukar. Dan tika ini saya hanya mampu tersenyum mengenang kembali igauan nakal saya itu.

Awak,
   Bukan mudah untuk seseorang itu menyentuh hati saya. Saya sendiri hairan dengan hati saya, kenapa dia pilih awak? Awak saya tunggu awak. Saya nak lihat wajah terakhir awak. Saya tahu petang itu tugasan awak dah selesai. Tapi jam dah menujukkan pukul 3. Saya masih belum solat. Saya lihat awak dari jauh, awak sedang berborak dengan bos saya dalam biliknya. Saya tahu awak dah nak pulang… dengan hati yang bercangkaliwang, saya berlalu ke belakang untuk menunaikan solat. Hati saya berat untuk melepaskan awak tapi saya tahu DIA ada bersama saya. dan.. benar semangat saya merundum untuk kesekian kalinya. Kembalinya saya, awak dah pergi. Waktu itu saya rasa bumi seolah-olah berhenti berputar untuk beberapa saat..

Awak,
   Habis sahaja time pejabat saya pandu kereta untuk pulang dengan jiwa yang kosong. Waktu itu saya rasa kehilangan yang teramat sangat. Saya sendiri tidak tahu apa yang sudah terjadi dengan diri saya. Kita tak rapat, mesra pun bukan. Saya insan yang suka bersendiri, dan awak seorang pendiam. Bagi orang lain gabungan kita serba tidak kena. Awak tidak pernah tanya siapa saya, dan kadangkala saya nampak pandangan pelik awak. Saya gadis kecil yang masih punya cita-cita setinggi langit, dan saya kira dalam kalangan staff lain dipejabat saya paling muda. Dan pernah satu waktu seorang staff yang saya anggap kakak memberitahu awak ada bertanyakan tentang saya pada dia. Awak juga hairan kenapa seorang budak kecil macam saya boleh berada disitu. Waktu itu ada desah desus memperincikan perhubungan yang saya tahu tidak akan wujud antara kita, tapi saya hanya tersenyum tidak berkata apa-apa.

Awak,
   Saya tidak tahu pukul berapa saya tiba dirumah. Tapi saya ingat lagi bagaimana kritikalnya perasaan saya ketika itu. Kereta meluncur laju dengan jiwa yang kosong. Hujan lebat mengiringi perjalanan saya seolah mengerti hati dan perasaan saya ketika itu, dan hujan dimata mengaburi seluruh pandangan saya. Teresak-esak saya melepaskan segala beban yang tersarang dijiwa dengan tangisan sendirian. Betul sehingga kini, saya tidak tahu kenapa saya harus membazirkan air mata untuk seseorang yang hanya baru 2 hari saya suka. Adakalanya saya terfikir kenapa Allah s.w.t menghadirkan rasa ini, tapi membawa awak pergi jauh dari saya ? ohh tidak patut saya berfikir bukan-bukan, mengenali awak adalah saat terindah dalam hidup saya. Dan saya percaya percaturan Ilahi itu ada hikmah disebaliknya.

Awak, 
   Saya ingat 4 hari terakhir itu awak akan sentiasa ada. Namun saya silap. Hari pertama dan kedua awak ada. Datang dan senyum sentiasa. Hari ketiga saya nanar sendiri. Tungu dan terus menunggu. Jahatkan saya, tika semua staff pejabat mengatakan muka saya keruh dan kelam kerana sedih untuk meninggalkan mereka sebenarnya saya sedih menunggu awak. Harapan yang menggunung terus saya tarah perlahan-lahan. Sehingga saya terpaksa akui, saya lemah hanya kerana mengingati awak.. Petang semalam. saya tahu itu kali terakhir saya melihat awak. Saya harap jodoh akan mempertemukan kita semula. Sakitnya terasa bila kali terakhir awak melangkah pergi saya tiada disitu. Di sudut hati saya, saya berharap awak akan kembali semula esok. Saya harap tuhan akan mempertemukan kita kembali..

Awak,
   Esoknya seharian saya menunggu. Saya buka telinga luas-luas untuk mendengar apa kata mereka. Yup, saya tahu semua kerja awak dah selesai. Saya tahu tugasan awak dah habis disini. Tapi awak lupa utuk kembalikan semula hati saya. Bila ada masalah tentang komputer mereka sebut-sebut nama awak. Waktu itu muka saya bercahaya sebab saya harap awak akan datang membantu.  Saya semakin tidak mengerti dengan hati sendiri. Tapi sayang sekali, penantian saya berakhir begitu sahaja dan awak tetap tidak menampakkan diri..

Awak,
   Maaf bukan sengaja saya hendak menyusahkan awak. Komputer saya itu seolah mengerti rasa hati saya, dia seolah tahu saya hendak melihat awak untuk saat terakhir saya disini. Dan saya sendiri ingin mengakhiri hari saya disini dengan melihat awak. Harapan untuk ketemu semula dengan awak kembali segar dihati. Sungguh saya sibuk dihari terakhir bergelar pekerja disitu, dan dicelah kesibukan mengetuk papan kekunci menaip aksara demi aksara untuk report milik client sempat juga saya menghitung detik demi detik yang berlalu. Sesekali saya pandang jam ditangan, waktu hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi. Dan awak masih belum kelihatan..

Awak,
   Bila matahari hampir melabuhkan tirainya, saya benam segala harapan yang bertunas dihati sedalam-dalamnya. Entah kenapa kekecewaan menyelubungi diri. Dan dalam sibuk melayan rasa, saya tunduk ke bawah seolah tidak ingin melihat ke hadapan. Benar saya semakin gusar dengan resah didada. Mata saya pejam rapat-rapat. Sukarnya untuk menerima kenyataan yang awak takkan pernah ada lagi. Tangisan didada saya mewakili mendung hati saya yang gelap gelita. Keajaiban apakah ini ? Takdir seolah mendengar suara hati. Saya buka mata dan angkat kepala, lalu saya hela nafas panjang. Nampak awak berdiri dihadapan pintu sambil mengukir senyuman. dan.. saya terus terpaku.

Awak,
   Terima kasih untuk saat terakhir kehadiran awak. Terima kasih kerana berjaya membuat saya seperti zombie hidup yang berjalan tidak tentu arah. Terima kasih kerana mengucar kacirkan perasaan saya. dan.. kini saya lepaskan awak pergi. Awak bebas terbang ke mana sahaja awak ingin pergi, tapi seandainya suatu hari nanti takdir mengikat awak dengan saya, awak dah tidak boleh ke mana lagi. dan seandainya ditakdir jodoh milik kita saya terima dengan hati yang terbuka. Awak jaga diri, jaga iman. berbahagialah dimana jua awak berada, terbang tinggi menggapai awan dan menyelusuri pelangi. Tiba saatnya semua akan pasti..

Awak,
Saya tunggu awak..

saat akhir.
manisnya mendatangkan diabitis.
parahnya begitu terasa...

muka kelam; 
pandangan kosong..
bukan kerna 'dia' yg xkunjung tiba. tapi..
pada 'dia' yg melangkah pergi entah bila akan ketemu lg...

saat akhir.
bukan bulan-bulan resah yg ingin aku lupa.
tapi 2 hari yg terlampau manis sehingga diabitis tidak ku sedari..

-cita-cita come first; cinta cuma bikin frust-

Tuesday, 18 December 2012

Melewati Hari



‎pada hakikatnya,
kita tak selalu kuat.

kita cuma memilih
tidak terlihat lemah dimata manusia.
sedang dihadapan Tuhan,
Tanpa segan silu, kita mengaku bahawa kita sudah sangat tidak mampu.
dengan linangan air mata,
dan rintihan tanpa suara.

dan sekiranya manusia tahu,
apa yang kita lalui.
maka mereka akan tertanya-tanya,
bagaimana kita mampu..
dan mereka justeru akan mengerti,
mengapa kita begini.
lalu,
mereka akan mensyukuri apa yang mereka miliki..


-kopi & pasta-


-semudah ketenangan dikoyak; sesukar kesabaran dijahit-

Friday, 14 December 2012

Memory lane

#15 Dec 2012
#1.43am

done baca TUNAS untuk kali keberapa hentah !

zaman persekolahan memang zaman superbb.
buat aku tersenyum. ada tangis ada juga tawanya.

zaman dibuli dan zaman membuli.
SKD, SMKD dan SMTK,

setiap persinggahan; ada cerita tersendiri.

SKD;
aku kunci mulut rapat-rapat, jurang yang nyata berbeda.
biarkan aku sendiri..

SMKD;
melangkah penuh girang; kami tak kenal erti kesedihan.
kami tak tahu untuk menangis.

SMTK;
berdikari; perubahan yang ketara.
mengenal DIA, kembali merendah keegoan.

ohhh. ada kelat dihati.

rindu..

masa lalu.

rindu

zaman persekolahan.

dan hari ini; hari terakhir cuti semester untuk poly.

semester terakhir akan menjelang tiba esok hari.

dan lagi 6bulan

aku bakal katakan; rindu zaman politeknik. huh !

setiap cerita; aku tanam disudut hati.

aku ikat kemas-kemas dalam ingatan.

betul la kan;

LIFE IS FULL OF SURPRISES.

buka kembali helaian tunas;

magnificents seven buat aku rindu semua kengkawan !

Sendiri Lebih Baik


Aku pernah merintih, waktu rasa diri jauh terpisah dari keluarga... 
aku pernah berduka, waktu jasad ditimpa sakit. 
Hatiku pernah menderita, waktu diuji oleh kesetiaan dan badai cinta kuat menderu. 
Siapa yang sedar bahawa aku sedang diserkup awan mendung
dibawah pawana terik mentari. 
Siapa yang tahu ? Ketika itu, hanya aku dan Tuhan sahaja.. 
Aku rela dalam terpaksa. Walaupun hatiku melirih dalam sendu. 
Aku tetap sabar. Kerana aku sedar sebesar manapun rona yang mencucuk, 
aku harus mengikisnya sendirian. 
Jadi, apa gunanya aku menjerit dan meraung, jika tiada siapa yang membantu ? 
Aku sabar lagi. Apa gunanya aku memerah semerih hingga terjengil anak tekak, 
jika diakhirnya aku tetap tercungap-cungap mengubati diri. 
Mahu atau tidak aku harus tenang dan terus tabah. 
Sendirian menelusuri denai-denai... 
Hingga sabar itu buat aku tegal. Hingga tegal itu buat aku matang. 
Akhirnya matang itu buat aku dewasa...


-rasa nak minum kopi ditengah malam; ohh ini cerita semalam-

Monday, 10 December 2012

heartless to be

kebahagian itu datang dari hati yang tenang..
tapi bila hati tak tentu arah
mana bahagia yang
perlu ada ?

Allah.

bila sakit ini akan hilang.

bila pilu ini akan terusir pergi.

bila air mata ini akan diusap kering.

bila dan bila

nafas ini menderu dengan lancar.

nadi ini kan berdetak tanpa hati yang walang..

4 tahun berlalu.

dengan payah.

sukar.

pahit.

pedih.

dan..

untuk tunggu lagi 4 tahun akan datang

walau sukar,

bertahanlah wahai diri..

semoga sahaja hati kau tak mati.. :'(

Saturday, 8 December 2012

Indah itu dulu

hari aku indah
kalau tiada
dia..

Bicara Resah


Ya Rabb..
Kurniakan aku ketabahan..
amin..

Monday, 3 December 2012

Oh My Result

tetiba rasa nak lari,

tetiba rasa nak tidur tak celik langsung,

tetiba rasa nak bertapa dalam laut,

tetiba rasa nak duduk atas gunung sensorang,

tetiba rasa nak sembunyi bawah katil..

hailaaa result, sungguh la aku bercinta habis dengan kau.

mandi tak basah,

makan tak kenyang,

tidur tak lena..

*tawakal wahai InchikDIRI, gagal sekali tak bermakna kau gagal untuk selamanya. kalau kau dah berusaha tapi Allah bagi kegagalan, check semula salah apa yang dah kau lakukan. hubungan kau dengan DIA ? hubungan kau sesama manusia ? ada kau sakitkan hati sesiapa ? orang yang gagal tu, bukan orang yang tewas. orang yang tewas adalah orang yang gagal tapi berputus asa dan tidak bangun dari kegagalan dahulu. yakinlah dengan janji-NYA...

-belajar kuat dalam sebuah pengharapan; walau pahit diri merasa-

Sunday, 2 December 2012

Catatan Lalu Virgo

untuk aku yang seorang..
jangan mengharap sesuatu yang tidak pasti andai..
langit cerah, awan mendung..
disitu pasti ada kekecewaan
kehampaan yang membuat aku putus harapan..
salam wat teman,
aku titipkan penuh kesyahduan..
andai kejauhan ini mampu mengeratkan lagi ruang antara kita..
aku hanya berserah..
pada-Mu Ilahi..
aku terus membina keyakinan..
hakikat hidup tak benarkan aku untuk bersendirian
kerna aku punya segalanya !
..........................................................................................................................................
keyakinan takkan pernah hilang
selagi mentari kan muncul..
kesepian mendambakan satu persoalan
antara ilusi dan hakiki..
resah yang menderu
melahirkan rindu yang tak sudah..
.........................................................................................................................................
kisah aku, dia dan kamu
adalah satu jalinan misteri..
antara aku, dia dan kamu
ada cinta dan rindu yang tersembunyi..
ada resah yang tergarit..
ada pilu yang terjaring..
redup mentari memancar menyaksikan
dia dan kamu dilambung
gelombang cinta nan suci..
sepi malam tanpa rembulan
menyaksikan cinta aku buat dia
yang tersembunyi..
andai pungguk rindukan bulan
aku rindukan kasih yang suci..
.............................................................................................................................................
        Dia tidak pernah untuk aku mengerti.. 
hadir dan pergi dari hidupku umpama mainan baginya.. 
dia tidak pernah ambil tahu, derita perasaan insan yang kecewa hatinya..
        Mengapa setiap panahan pandangan memilukan hati dan jiwa ? 
dendangan yang sepatutnya memberi kebahagian untuk insan lain 
adalah sekam derita buat aku..benci !
       Aku tak pernah mengorak pandangan untuk mencatatkan setiap corak hidupnya.. 
tapi, kenapa setiap kali sinar pandangan melabuhkan tumpuan 
mesti redup matanya yang kelihatan..
      Aku tak mampu untuk menghuraikan segala teka-teki yang terdampar ! 
bukan salah aku semua ini terjadi..
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cerita bersama masa;
Catatan seorang budak sekolah around 3 4 years ago..
yang bisu dan lebih senang menyendiri..
hidup dengan selembar kertas dan sebatang pen
sudah cukup bermakna bagi dia..

...setiap kata
ada ingatan tersendiri
ada cerita yang tersembunyi...

-bumi TekkuL-

- kemas-kemas terjumpa buku lama; buka dan kenang kembali..-

Saturday, 1 December 2012

Memori Semalam

Disini ada cerita luka,
cerita semalam yang aku kuburkan dengan air mata,
deru nafas yang pernah tercela,

Disini nada kata penuh esakan,
gurindam resah yang tidak dapat aku lagukan,
bertintakan darah luka didada,

Disini lagunya penuh duka
yang kadang tersembunyi dalam laungan benci
bersulamkan nestapa sendirian

Disini jatuh bangun seorang aku.
Disini aku tewas sambil sembunyikan tangan ke belakang
tak ingin orang lain hulurkan tangan tanda simpati.
Disini hitam putih kehidupan
pernah aku coretkan..

bermain dengan kata bukan mudah,
tapi bila mulut sukar untuk berkata-kata jari akan mula bermain dengan tinta
melepaskan semua ruang resah yang menggunung didada..



-kalau bercakap tu mudah; aku tidak akan mengetuk aksara demi aksara..-

Selamat Hari Tua


..untuk 3 sahabat..

..happy b'day..
semoga
Allah panjangkan umur
dimurahkan rezeki
dan
senyum selalu
..amin..
..................................................................................................................
..tahniah
kerana berjaya mengagahkan tulang belakang 
sehingga ke hari ini..
tahniah juga 
kerana berjaya belajar menjadi dewasa bersama usia
harap 
semua 'Matang Seiring Usia' lepas nehh.. 
*peace
.............................................................................................................
cerita hati : 
teringat bulan 9 lepas, 
blackout; tepung; lari sana sini.. 
kalau la boleh balas dendam.. muahahaha, 
sila simpan angan kau dalam mimpi ! :')

-lilin atas kek hari jadi tu memang boleh dipadam; tapi kenangan akan dikenang dalam ingatan-

Kopi dan pasta


‎"Sadaqallahulazim.." Lembaran usang itu ku tutup cermat. Jejari berlari lembut dikulit yang telah luntur warnanya.

'Ku rindu dia Ya Allah..' Dada langit ku tatap. Lembaran usang kini erat didada. Bersama deraian jernih yang berbicara rindu..
---------
"Assalamuallaikum.." Tangan kasar itu ku capai lalu ku cium.

"Waalaikumusalam. Pergi masuk mandi dan rehat.."

Senyum. Kepala diangguk patuh.
---------
"...wailaihiturjaun.."

"Haa!Kau yang curi Quran ayah rupanya!"

"Long.."

Tapak kaki mula berlari. "Ayah, achik yang curi Quran ayah!"

Mata terpejam rapat. Cecair jernih mengalir dari celahan alis mata.
---------
"Ayah tak ajar kau mencuri!" Buat kali ketiga buluh ditangan diangkat tinggi sebelum mendarat di kaki si anak.

"Maafkan achik ayah.." Kaki si ayah di dakap erat.

"Kalau kau dah insaf asal kau tak nangis?" Along mencebik.

Libasan perit yang tak lagi terasa di kaki, kepala didongak perlahan. Wajah tua ayah tepat di kornea.

Langkah lesu ayah mengundang sebak didada.

"Ayah..maafkan achik. Achik ambil Quran ayah sebab bila achik rindu ayah, achik baca Quran ayah. Achik cakap kat Allah, moga Allah sampaikan rindu achik dengan bait-bait ayatNYA.."

Kepala menunduk.

"Achik tak de duit nak beri kat ayah. Achik tak de kudrat nak ringankan bebanan ayah. Tapi ustaz cakap achik boleh tolong ayah bila achik doakan ayah, bacakan Quran untuk ayah.."

Dakapan ditubuh menghadirkan sendu dijiwa. 'Terima kasih Allah..'

"Maafkan achik ayah.."

Kepala kecil didakapan diusap.

"Maafkan ayah.."

Allah Engkau dekat
Penuh kasih sayang
Kerana kemurahanMu
Kerana kasih sayangMu
Tak kan pernah Kau biarkan hambaMu menangis..

'Terima kasih Allah..'

Buatmu Ayah..
Pada jalanan yang berliku,
Moga Allah luruskan jalananmu..
Tika langit dunia runtuh,
Moga Allah teguhkan aqidahmu..
Jika kesusahan mendatangimu,
Moga Allah tabahkan hatimu..
Bila nikmat membalutimu,
Moga kau tak lupa untuk bersyukur..
Saat anakmu membuatkanmu rebah,
Moga DIA hadir menyapu air mata mu..

Jagakan dia untukku Ya Rabbi..



credit 2: 
Dazz Boisterous

-kelat lidah; hanya kita merasa-