Friday, 11 September 2015

#Penat.




Kadang sekuat mn pn kita cuba genggam hati kita, selaju mn pn kita cuba mengayuh larian kita, tetap kita akan terluka dan terjatuh bila Dia mengKehendakinya. Sebab rasa sakitnya luka yang tertikam, rasa pedihnya jatuhan yang mencalarkan, selalu buat hati kita menjauh bila mula terasa Dia tak sayang. Dan hakikatnya kita lupa..disetiap luka dan jatuhan dilangkah itulah yang menjadikan kita masih lagi teguh menjalani hari ini. 



Menjalani kehidupan, ntah sedar atau tidak, hakikatnya adanya peringkat2 yg kita lalui. Hidup, umpama graf perniagaan. Bila hidup hanya dijalani dengan mendatar, tiada pelajaran pada langkah dan tiada membawa apa2 keuntungan pada biz. Bila hidup dijalani penuh dengan peningkatan demi peningkatan, yang ada hanya keangkuhan dan keegoan yg akan mencampak diri jauh dari Tuhan Yang Mencipta. Dan siapa dapat menjamin ketaqwaan mu? Bila sesuatu kejayaan, harta dan kemashyuran itu datangnya bersama ujian yg mampu menenggelamkan mu sbgaimana Qarun. Dan perniagaan yang hanya menunjukkn graf peningkatan, bila tiba saatnya tiba di peringakt maturity, tak akan dapat lagi menjanjikan kejayaan demi kejayaan ketika diperingkat decline. Dan bila hidup hanya dijalani dengan penurunan demi penurunan tanpa ada perjuangan dan usaha, yang menanti adalah kemusnahan. Dan kerana itu, hidup ini tentang keseimbangan..sbgaimana Rasulullah saw telah mengingatkan kita, bersederhanalah dalam setiap perkara. Ketika kita diatas, jangan lupa tunduk ke bawah. Saat kita dibawah, jangan berhenti berusaha untuk menjadi lebih baik. Hebatnya DIA, setiap perkara ada jangka hayatnya. Sebagaimana kita yg sentiasa dinanti malaikat maut, begitulah ujian yg singgah dihari kita. Kala ia datang menyinggah, dan pasti ia akan berlalu pergi. 



Kadang2 bukan kita tak redha, bukan kita tak mampu terima ujian yang mendatang, bukan jugak sbb kita tak kuat, cuma kita terlalu berkerja keras agar apa yg kita rancang be on the plan. Membuatkan kita lupa, hidup ini terbatas oleh Takdir dan KehendakNya. Sebab kita terlalu percaya kat diri kita, lupa untuk meletakkan baja keyakinan padaNYA dan bagaimana saat ribut mendatang hati nak dipujuk agar dipasakkan keyakinan padaNYA bila akarnya kita tak pernah tanam?



Hidup kita berbeza. Dan ada perkara yang akan membuatkan kita sama. Bila kita mula percaya, setia, dan sabar hanya kerana ALLAH.



Pandanglah setiap yang buruk itu dari sisi baiknya. Maafkan setiap kesalahan agar kita dimaafkanNya. And the most precious thing that i learned from somebody that i used to love, dont hate the moments/things/people that make you bleeding most because you will miss it damn much..when He take from you later coz they are reason that make u stand strong..



Dan dalam tak sedar, luka yg paling dalam menyentuh ke dasar hati kita adalah kerana org2 yg kita syg..dan hati selalu tanya mengapa dia? Insan insan yg disayangi.. Kerana pada mereka DIA uji kejujuran dan keikhlasan hati..dalam mencintai.. 



Pada hati sering aku berbisik, jgn berhenti belajar mengenal diri, kerana hanya saat aku mengenal diri, aku mula mengenali Tuhanku. 


May Allah ease and guard ur way..

@Dazz


*Thank you for everything. May Allah ease and guard your way too.. ;')