Friday, 6 March 2015

"..smile through the tears..bukan mudah
kau nak berdiri bagai sekarang..'' -CheDiri

bila rasa hendak bisukan mulut,
bila rasa hendak pekakkan telinga,
bila rasa hendak sembunyikan diri,
bila rasa hendak bertapa digua memana,
bila rasa hendak ghaibkan semua manusia,

kau tahu rasanya macam apa?

jadi aku.
dan...kau akan tahu
bagaimana rasa.

entah mana rasa menghilang...

bila ceritanya ceria sahaja,
bila kisahnya bergurindam tawa,
bila segalanya sempurna tak kena gaya,
bila dia ada semua yang buat dia bahagia..

bila........
dan..bila dia terus bercerita,
menggurindamkan segala rasa yang ada..

aku,
bagai manusia
yang hilang keupayaan
untuk terus bersyukur pada
segala yang ada.

kalaulah aku boleh bertanya..
boleh aku tahu, dalam hidup ini
apa perkara yang paling celaka pada kau?

yang buat kau tunduk ke tanah tak mampu memandang langit.
yang buat ketawa kau hilang entah ke mana..