Monday, 24 March 2014

DIA melalui 'dia'


Mengeluh.

Lontar pandangan jauh.

Mengeluh lagi.

Tutup telinga dengan muzik kuat-kuat.

Mengeluh.

Bisukan kata, pekakkan telinga.

naa.. aku letih tahu?

semalam..

'dia' sampaikan kata. Suruh aku teruskan berdoa. Suruh aku teruskan merintih, merayu dan meminta pada DIA. Kata 'dia' untuk segala apa yang berlaku akan ada pengakhiran yang indah. Bersabar dan redah selagi boleh. Untuk usaha yang bertahun-tahun ini akan ada ganjarannya dimasa akan datang.

aku pejam mata.

'dia' tak tahu yang aku tak pernah ambik peduli. Tutup mata, pekakkan telinga. Aku hidup macam biasa. Tunggang terbalik yang buat aku senyum suka hanya buku. Diam dan hadap buku sendirian sudah cukup buat aku bernyawa tanpa air mata.

'dia' tak tahu sebenarnya aku puas positifkan diri. Abaikan rasa takut dan gentar yang tersembunyi lalu anggap segalanya umpama mimpi disiang hari. Walaupun realitinya seorang aku tak suka pada mimpi. Aku lalui hari-hari mendatang dengan anggapan yang segalanya normal macam biasa.

tapi...

semalam..

'dia' sedarkan aku. Celikkan mata yang selama ini aku butakan semata-mata tidak ingin hati sendiri yang dah tak ada rupa berkecai menjadi serpihan kaca yang hanya menyakiti tubuh sendiri. Lumat. Punah. Ranah. Semua aku rasa. Bercampur gaul sampai aku tak tahu apa lagi rasa yang masih tinggal, yang hati belum rasai.

teruk rupanya...

cuma aku yang menafikannya...

puas asuh diri supaya jadi superwoman fantastic
yang boleh redah dan kebal bila libatkan
dia manusia cuba buat aku benci.

dan..

rupanya ada sebab kenapa
bertahun ini aku tak suka tilik cermin lama-lama

pada biasan
yang tiada warna hanya hitam semata-mata

pada biasan
yang suram tiada senyum sebagai penyeri

pada biasan
yang kosong tanpa perasaan kadangkala

ohhh..
terima kasih kepada manusia peduli

yang acapkali ingatkan aku supaya senyum
bila muka ada gaya nak telan orang.

aku letih tahu?

semalam...

bila 'dia' ingatkan segalanya bukan normal seperti biasa, aku tekadkan hati. Dunia biarlah sekadar digenggaman. Aku ingatkan diri, yang manusia cuba buat aku benci itu kurniaan Allah untuk menguji. Dan aku percaya Allah ada seribu satu cara untuk menguji hambaNya. DIA hanya akan menguji hambaNya yang DIA yakin mampu melalui. 

macam pesan seorang sahabat
'Allah takkan menguji hambaNya melebihi kemampuan'

bila 'dia' kata hidayah Allah datang tanpa kira waktu dan sesiapa sahaja aku senyum. Sebab aku tahu DIA juga yang maha membolak-balikkan hati manusia. Dan untuk itu doa aku takkan pernah putus untuk harapan yang aku kira kian sirna. Setiap ujian dan musibah yang menimpa telah Allah tetapkan ke atas aku. Jadi untuk setiap keluhan aku cuma buang masa kiranya. Dunia hanya pentas untuk pertarungan yang tak kekal. Penat dan lelah, biar berbayar diakhirat sana kelak.

semalam..

aku hargai 'dia'. Betapa selama bertahun ini aku tutup telinga dari suara manusia peduli. Pada aku bila mereka suarakan tentang kenyataan yang terbentang hanya buat semangat aku yang ingin melangkah ke hadapan hilang macam tu sahaja. Bila mereka suarakan tentang apa yang buat aku rapuh, mereka hanya buat aku ingin meraung hebat. Betapa bertahun ini walau payah aku cuba untuk bertahan, tapi diakhirnya aku dengar ada suara bercakap yang aku tahu ada nada simpati disitu. Dan.. aku nekad untuk menjauhi....

aku hargai 'dia'. Bertahun aku lelah dengan manusia cuba buat aku benci, jadi aku pilih untuk pendam segalanya sendirian. Dan lari jauh dari orang ramai, dan untuk itu terima kasih untuk 'dia' kerna masih ada untuk peduli. Untuk tenangkan hati aku yang berserabut dengan dunia yang penuh tipu daya. Bila aku lelah dengan manusia cuba buat aku benci, aku pilih untuk bersendirian. Cukuplah manusia cuba buat aku benci itu satu-satunya manusia yang buat aku lelah berlawan rasa. Dan.. untuk esok aku cuba bertahan..

Semalam..

bicara 'dia' buat aku kelu. Senyum pahit, pejam celik mata dua tiga kali untuk pecahkan kaca yang tersembunyi. Betapa aku alpa yang dunia ini hanya sementara. Kata 'dia', nanti kalau dah lelah tak mampu berdiri ingat DIA sentiasa ada. Pesan 'dia', segalanya belum terlewat untuk ubah segala yang menjadi kebiasaan. Manusia tak lari dari melakukan kesilapan. Proses pembelajaran itu memakan masa hampir seumur hidup. Jangan tewas dengan bisikan manusia terlebih peduli, yang kadang hanya harapkan kita jatuh sahaja. Janji 'dia', akan selalu ada waktu sukar. Memimpin dan menegur segala yang pincang.

dan..

'dia' suruh aku berdoa. Supaya dilembutkan hati manusia cuba buat aku benci untuk dibawa ke kota mekah. Supaya manusia itu celik yang kehidupan ini hanya sementara, akhirat yang kekal. 'dia' kata lagi, berubahlah walau payah. Jadi baik tak bermakna hanya pada orang yang baik. Aplikasikan apa yang mendatangkan manfaat itu dalam diri, walau kadang payah untuk orang lain terima. Jangan sedih dan berduka bila seribu kebaikan kita lontarkan tapi dibalas dengan berjuta kejahatan dari orang lain. Pesan 'dia' lagi, Allah langsung tak tengok natijah, usaha tu yang penting.

lepas dah berusaha, ikhtiar macam-macam cara
kata 'dia' tawakkaltu alallah.

putting ur trust in Allah.

naa..
aku tahu 'dia' ada
kerna DIA.

semalam...

aku lupa nak ucapkan TERIMA KASIH pada 'dia' sebab cantumkan cebisan-cebisan hati aku yang bertahun berterabur macam kaca pecah berderai ini. Terlalu leka menghadam setiap butir bicara yang melantun kata nasihat, sibuk mengerdip mata memecahkan kaca tersembunyi dalam diam.

semalam..

aku percaya, walaupun kita macam pasir-pasir yang bertaburan. tapi masih boleh dicantum melalui simen. Konkritnya kan utuh berdiri. Walaupun bukan sekarang, insya Allah suatu hari nanti..

untuk 'dia'...
aku akan simpan semuanya dihati dan kunci rapat-rapat.

terima kasih !

doakan aku terus melangkah dengan sempurna
walau kadang capit tak kena gaya.

:')

- senyum. untuk semalam sekurang-kurangnya -