Friday, 8 March 2013

Mereka rakan selamanya



mereka sahabat, mereka teman, dan mereka juga rakan..
bilamana aku punyai mereka, hidup aku lengkap dengan segala rasa.
dan aku tidak perlu cinta lelaki untuk menggembirakan aku saban waktu..

mereka yang satu
dan merekalah segalanya
yang sentiasa ada dalam jatuh bangun
seorang aku..

sahabat itu punya banyak carta dihati
setiap seorang ada keistimewaan sendiri..
dan aku akan hargai seboleh yang mungkin..

ada tiga pesan yang menghantui hidup aku
dan aku kira pesan itu akan aku simpul sampai mati

pesan tiga orang rakan yang tidak selalu ada disisi
tiga orang ini yang tidak jemu melayan karenah seorang aku
menarik aku ke jalan yang lebih diredhai

sahabat pertama : 
" jangan tinggal solat, kalau tinggal bermakna kau tak sayang aku sebagai teman.."

sahabat kedua :
" hidup berpasangan sebelum kahwin tidak menepati syariat islam.."

sahabat ketiga :
" orang sayang kamu. jaga iman, jaga diri.."

mereka sahabat atas paksi keimanan
sahabat istimewa yang bilamana aku pandang
aku nampak TUHAN.

siapa mereka 
biar hanya aku dan DIA yang tahu.

dan untuk mereka bersepuluh
yang sentiasa ada saat aku sedih dan tawa
terima kasih kerana buat hidup aku penuh dengan warna.
terima kasih kerana sudi memimpin langkah kaki ini yang pincang.
terima kasih kerana sudi memayungi tika hati hujan dengan resah dalam rasa.
terima kasih kerana selalu ada saat aku rasa dunia ini terlalu kejam untuk aku terus berjalan..

aku hargai
semua dan segalanya.

- sayang sahabat, rakan dan teman selamanya -