Tuesday, 26 March 2013

Jatuh Dan Bangun


Buat awak yang masih menangis disana,


Saya juga tahu bagaimana rasanya terluka, kecewa, disakiti 
dan apatah lagi merasa dizalimi. 
Seluruh hati ini terasa begitu pedih dan sakit sehingga jasad turut lemah tidak berdaya! Semahunya menangis sepuasnya dan ingin sekali mengkhabarkan ke seluruh dunia 
betapa hati telah remuk dan berhenti berharap. 
Kala itu jiwa bercampur dengan rasa sedih, marah dan seringkali dendam itu datang memujuk. Saat itu, orang diluar sana samaada teman karib mahupun saudara terdekatmu sama sekali tidak akan memahami dirimu. 
Bercakap itu selembut-lembut lidah, tapi hati yang merasai jauh lebih mengerti. 
Hatimu terasa sungguh sunyi. 
Dunia bagaikan kosong. Kenapa mesti aku yang rasa semua ini? 
Persoalan itu kerap muncul menerpa fikiranmu.


Ya, buat awak yang masih mahu membaca..

Dunia ini tidak pernah menjanjikan bahagia buat penghuninya,
Hidup kita jauh berbeza walaupun dibawah langit yang sama.
Awak dengan hidup awak. Saya dengan hidup saya.
Mungkin awak rasa hidup awak paling malang.
Tapi saya juga nak awak tahu,
Suatu hari nanti awak akan rasa betapa bertuahnya diri awak.
Awak akan sedar betapa beruntungnya awak diuji sebegitu.
Cuma awak kena bangun dan teruskan hidup terlebih dahulu,
Pandanglah dunia dengan sederhana,
Berdoalah sesungguhnya dan menangislah kala sujudmu.
Pasti jiwamu ringan dari segala beban. Pasti tiap tangisan mendamaikan,
Kerana Allah adalah jawapan dan sandaran terbaik buatmu 
malah pada seluruh hamba-hambaNya!
dan tadbir dan takdir Allah tidak pernah tersilap!

Jadi buat awak yang telah dipilih Allah,
La tahzan,innallaha ma’ana..

Via : Inche Tumblr


- jatuh sesekali tu tak salah, cuma jangan lupa untuk bangun kembali.. -

Sunday, 24 March 2013

Nafas Tak Keruan


# hidup ini tak sesukar mana kalau bukan 
kerna adanya 'dia'..

# hati.. 
jangan terlalu berlembut.

# apa yang sedang kau fikirkan sekarang adalah
tidak perlu untuk masa sekarang..

# tabahlah IncheDIRI

# ke kiri tidak, apatah lagi ke kanan.
tapi..
sampai bila nak statik di tengah ?

# berubah ke arah kebaikan
bukan sesuatu yang kejam. mengertilah wahai diri..

# jeles petala ke lapan dengan mereka !

- jangan kau mencintai dunia sehingga lupa akhirat wahai diri -

Friday, 22 March 2013

Diam Selagi Boleh


The quieter you become, 
the more you 
can hear.

# Ram Dass

Wednesday, 20 March 2013

DIA Sentiasa Ada



..dan selalu saja rindu yang terlalu dalam menjadikan dia seorang pendiam,
namun melihat dia sujud menghadap-Nya yang terlalu lama 
cukup membuatku mengerti,
dia banyak berbicara dihadapan Tuhan..

via : insan

lagu rindu ini 
hanya DIA yang mengerti
dalam sesak aku menghembus nafas
sengaja aku tulikan pendengaran
dengan lagu rindu buat-NYA.


* seorang aku versi malas menaip, 
baca jer la entry kat 
link diatas.. 
-.-

- berjalanlah tanpa henti, kerna DIA sentiasa menemani -

Saturday, 16 March 2013

letih dan letih

ayuh kita berlagak kuat !

walau cahaya mentari jingga
hampir sirna..

jangan sampai kelamnya tidak berpenghujung..

berjalanlah wahai diri,
terus mengatur langkah perlahan andai lelah tidak terperi..
usah berlari menongkah arus mengganas yg akhirnya buat kau lemas..

Friday, 15 March 2013

Bila bersendiri


..sepi itu kau rasa kerna kekurangan iman didada,
walhal pada hakikatnya kau tidak
pernah keseorangan..
Allah selalu ada untuk setiap hamba-NYA
tidak kira masa dan tempat..

feeling alone ?
Innallahha ma'ana

- sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita -

Tuesday, 12 March 2013

Monday, 11 March 2013

Berubah Bersama Masa

dari bertiga tinggal berdua.
dari kecil menjadi besar.
dari rendah jadi tinggi.

dan masa kian berlalu
membawa cerita tersendiri....

benar..

"..bercakap dengan dinding
dalam bahasa bisu tanpa suara
adalah seribu kali lebih bagus dari bercakap
dengan manusia dalam bahasa tangisan penuh berirama pilu.."

dan..

aku.
masih pilih untuk menyendiri..........

-.-

# selamat pengantin baru untuk kakngah & abgngah.
  dan.. tahniah atas kehadiran papa pada Rania Airysha..
 happy family forever hendaknya.. lengkap sudaa keluarga kalian !  -Kak lang (09/03/13)


- bawa hati berlari dalam sepi tak sesukar mana kalau tidak kerna mereka -

Friday, 8 March 2013

Benci buat diri

" bila aku benci, aku tidak akan marah.
tapi aku akan menjauh dengan 
cara tersendiri..
dan..
aku pilih untuk berundur "

:'(

- terasa ingin berlari tanpa henti..-

Mereka rakan selamanya



mereka sahabat, mereka teman, dan mereka juga rakan..
bilamana aku punyai mereka, hidup aku lengkap dengan segala rasa.
dan aku tidak perlu cinta lelaki untuk menggembirakan aku saban waktu..

mereka yang satu
dan merekalah segalanya
yang sentiasa ada dalam jatuh bangun
seorang aku..

sahabat itu punya banyak carta dihati
setiap seorang ada keistimewaan sendiri..
dan aku akan hargai seboleh yang mungkin..

ada tiga pesan yang menghantui hidup aku
dan aku kira pesan itu akan aku simpul sampai mati

pesan tiga orang rakan yang tidak selalu ada disisi
tiga orang ini yang tidak jemu melayan karenah seorang aku
menarik aku ke jalan yang lebih diredhai

sahabat pertama : 
" jangan tinggal solat, kalau tinggal bermakna kau tak sayang aku sebagai teman.."

sahabat kedua :
" hidup berpasangan sebelum kahwin tidak menepati syariat islam.."

sahabat ketiga :
" orang sayang kamu. jaga iman, jaga diri.."

mereka sahabat atas paksi keimanan
sahabat istimewa yang bilamana aku pandang
aku nampak TUHAN.

siapa mereka 
biar hanya aku dan DIA yang tahu.

dan untuk mereka bersepuluh
yang sentiasa ada saat aku sedih dan tawa
terima kasih kerana buat hidup aku penuh dengan warna.
terima kasih kerana sudi memimpin langkah kaki ini yang pincang.
terima kasih kerana sudi memayungi tika hati hujan dengan resah dalam rasa.
terima kasih kerana selalu ada saat aku rasa dunia ini terlalu kejam untuk aku terus berjalan..

aku hargai
semua dan segalanya.

- sayang sahabat, rakan dan teman selamanya -

Tuesday, 5 March 2013

be strong

Tuhan,
dalam aku menembak doa memohon kekuatan
ujian itu datang bertalu-talu
dan tidak aku dustai segalanya
kerna aku tahu itu tanda kau ingin jadikan
aku manusia yang kuat..

semoga sahaja segala ujian dan dugaan yang datang
adalah untuk meningkatkan paksi keimanan dalam diri..