Friday, 5 October 2012

kala bulan dimata


'' bulan itu bulat.
bulat yang cerah..
tapi sayang ada awan hitam yang menabirinya
kadang aku pandang bulan, yang aku lihat 
adalah mentari
bola api yang sentiasa ada saat aku 
tak punya siapa ! ''

zaman kanak-kanak riang;
naik kereta pandang atas.
terusan melihat langit gelap hitam pekat. tapi ada bulan yang menyinari.
menyimbah cahaya suram. ada kerutan didahi.
kenapa bulan tu mengekori ke mana sahaja kereta yang ayah bawa?
pelik.
berfikir dan terus berfikir..

zaman dewasa yang penuh warna;
ke mana sahaja melangkah. tidak pernah sekali berlalu tanpa mencari bulan kala malam menjelma.
kalau dulu lelah berfikir kenapa bulan mengekori,
kini lelah dengan rasa merindu pada yang jauh dari sisi.
bulan itu satu.
dan aku tahu dimana jua kesayangan aku berada
kami memandang bulan yang sama.
bulan..
sampaikan rasa rindu ini kepada kesayangan aku itu..


-melihat bulan aku sayu; melihat mentari aku berapi-