Wednesday, 31 October 2012

Belajar Bersama Harapan

letih.

pejam mata. lupakan segalanya..

semoga sinar AKJ masih 
ada untuk semester 
ini.

..amin..

Mentari? apakah sinarnya akan terus menyelubungi aku

Saturday, 27 October 2012

hilang bersama rasa

dan kerna ketabahan dia buat aku makin cekal.

kecewa?

aku dah puas bergelumang dengan rasa. dengan hati yang tidak punya rupa;
seringkali dilibas dengan belati, dipijak sesuka hati, ditoreh berkali-kali, lantas ditabur garam.
sehingga permukaannya kering dengan darah. hati bukan lagi berkeping, hati dah lama hancur lumat bersama kepercayaan yang kosong. dan aku kira; hati aku dah lama mati dalam sepi.

rapuh?

aku dah puas jatuh. acapkali belakang aku kau terajang
kali pertama dan kedua sakitnya buat aku meraung kuat. meratap hiba, menangis lelah.
sehingga pekikan hati buat aku tuli dengan rasa. dan kali ketiga jua seterusnya aku dah makin lali dengan kesakitan ini. jatuhlah. rebahlah. kerapuhan ini sudah sebati dalam diri.

diam?

boleh saja aku hamburkan kata-kata nista mencaci setiap baris luka yang dia toreh dihati kecil ini.
boleh juga aku hunuskan pisau menamatkan deru nafas dia supaya setiap tingkah laku dia tidak mendatangkan kekecewaan pada aku.
dan boleh juga kiranya aku meludah ke muka dia untuk menunjukkan betapa aku membenci dia insan yang paling hipokrit

tapi

aku masih punya iman walau hanya senipis bawang. aku masih tahu setiap yang terhampar didepan perjalanan hidup aku kini adalah ujian dari-NYA. yea, kesabaran aku sedang diuji. aku pilih untuk diam, kalau membentak menandakan aku melawan dan tidak tahu menghormati. aku pilih diam dari bersikap kurang ajar.

kerna dia juga; berkali aku jatuh. dan berkali aku sapu tangan dan lutut yang terluka lantas aku bangun sendiri. aku dah tak harap ada tangan yang akan membantu membangunkan aku.


dulu 'dia' baik.
dan
sekarang 'dia' jahat.
kalau kau baik. 
kau takkan tinggalkan 'dia' walaupun 'dia' berubah jadi jahat.
tapi
kalau kau tinggalkan 'dia' lepas 'dia' berubah jadi jahat
tu bermakna kau pun jahat !



-bersama 'dia' aku masih punya kenangan terindah walau masa tu dah lama berlalu-

Thursday, 25 October 2012

masihkan ada peluang?

ada seperti tiada.

lantas

apa gunanya?

masih sama seperti tahun-tahun yang lepas.
.
.
.
.
.
egomaniac tahap overboard.
.
.
.
.
.
.
hypocrito 
.
.
.
.
.
sungguh


aku



benci.

Wednesday, 24 October 2012

konfrontasi itu membunuh

bila aku kata "aku tak suka konfrontasi",
percayalah--
aku sedang menyelamatkan engkau dari aku.

kebinatangan dalam diri ini akan keluar,
bila berada di saat genting.
percayalah--
di konfrontasi--
aku lebih bisa dari jengking.

-Fynn Jamal-





itu kata fynn Jamal. 
masih sama dengan kata aku.
bila marah aku diam. bila sakit hati aku diam.
dan bila dendam memenuhi ruang dalam diri aku masih diam.

aku tak suka konfrontasi. 

walau kata mereka 'tak puas hati, datang face to face'.
luahkan segalanya. keluarkan segala amarah yang terbuku didada.

aku tak ingin konfrontasi. 

walau selepas bersemuka hati aku tenang.
apa faedah yang aku dapat dengan sakitkan hati orang lain?

aku elak konfrontasi.

bukan kata aku tak adil. marah dalam diam.
tapi seperti kata fynn jamal; di konfrontasi aku lebih bisa dari jengking.

bagi aku;
konfrontasi itu membunuh.

jadi. 
jangan suruh aku konfrontasi 
bila ketidakpuasan hati memenuhi ruang.

kalau provokasi aku elak,
apatah lagi konfrontasi.
tutup mulut. diam.
semua selamat.
semua aman.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
berminggu aku diam gara-gara rollercoster hari semalam berpusing 180darjah; dan hasilnya muncul pelbagai spekulasi. apakah? dan minggu neh aku bising kalah murai tapi hati masih tertanya-tanya tentang hal semalam. bagaimanakah?
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


-hidup mudah; kalau dunia sekadar digenggaman-

Friday, 19 October 2012

Buang Malas Jauh-Jauh



Cita-cita kita tinggi. Harapan kita pun besar. 
Namun, seringkali apa yang kita usahakan tidak setara dengan apa yang kita inginkan. 

Tidak mungkin kejayaan diraih dengan kerehatan. 
Biar cita-cita kita menggunung di langit tinggi, tetapi pastikan usaha kita menjejak di bumi !



hari-hari yang meletihkan. 
hari-hari yang bakalan buat aku lemas dalam nafas sendiri. 
hari-hari yang 24jam tidak akan cukup bagi aku. 
hari-hari yang penuh dengan aktiviti; 
quiz | job interview | project | test | final exam | MUET Writing, Listening, Reading | bla bla bla bla. *pengsan !


niat dalam hati; Lillahi ta'ala. jangan cuba-cuba mengeluh

Thursday, 18 October 2012

Akrab seorang kawan

Ada dua perkataan yang sukar untuk aku ungkapkan dalam persahabatan

maaf

dan..

terima kasih

atas alasan;

seorang kawan yang akrab akan 'take and give'

tanpa 
merungut

tanpa 
mengeluh

menerima segala kekurangan dan memberi apa sahaja yang diperlukan.

jadi..

jangan hairan kenapa aku diam

walau kadang 
keadaan atau situasi menagih dua perkataan itu.


- sahabat adalah pelangi hati aku; sahabat adalah bintang yang menyinari hidup aku -

Monday, 15 October 2012

nothing to say


Ada kekusutan yang belum terlerai..
Ada hati yang yang masih terbiar sepi..
Kekuatan itu masih belum hadir walau amat dinanti..
maaf kawan, segalanya akan aku akhiri apabila tiba saat yang pasti..



- semalam. aku nampak 'dia' .. dan semalam juga aku baru sedar aku hampir hilang kawan
kerna asyik mengulit kenangan silam bersama hati sendiri -

Tuesday, 9 October 2012

kala aku sendiri

Dangerous ethics no 1 :

keyboard warrior

''hidupkah kita ketika kita hidup dalam dunia sendiri? ''

..jangan tenggelam dalam dunia sendiri sahaja..

ohhh..
kadang. dan kadang
bila rasa sepi tu datang aku rela bisingkan diri
pakai headphone
buka 
lagu kuat-kuat..

abaikan
orang disekeliling.

dan bila 'alone'
tu menyelubungi rela aku
tatap lappy
merapu meraban sampai lupakan keadaan 
sekeliling

hak masyarakat
dah
lama aku abaikan.

selalu sangat bersendirian
selalu sangat berlari tak jejak tanah
selalu sangat bertapa dalam gua
selalu sangat jauhkan diri
dari orang ramai..


- adakalanya aku pilih utk monolog sendiri; dari bercakap dgn manusia yg tak punya hati -

Friday, 5 October 2012

kala bulan dimata


'' bulan itu bulat.
bulat yang cerah..
tapi sayang ada awan hitam yang menabirinya
kadang aku pandang bulan, yang aku lihat 
adalah mentari
bola api yang sentiasa ada saat aku 
tak punya siapa ! ''

zaman kanak-kanak riang;
naik kereta pandang atas.
terusan melihat langit gelap hitam pekat. tapi ada bulan yang menyinari.
menyimbah cahaya suram. ada kerutan didahi.
kenapa bulan tu mengekori ke mana sahaja kereta yang ayah bawa?
pelik.
berfikir dan terus berfikir..

zaman dewasa yang penuh warna;
ke mana sahaja melangkah. tidak pernah sekali berlalu tanpa mencari bulan kala malam menjelma.
kalau dulu lelah berfikir kenapa bulan mengekori,
kini lelah dengan rasa merindu pada yang jauh dari sisi.
bulan itu satu.
dan aku tahu dimana jua kesayangan aku berada
kami memandang bulan yang sama.
bulan..
sampaikan rasa rindu ini kepada kesayangan aku itu..


-melihat bulan aku sayu; melihat mentari aku berapi-

Tuesday, 2 October 2012

Rollercoster Hari Semalam


S i    B e l a n g   B i r u

buat hidup
aku
kucar kacir.
.
.
.
.
.
buat nafas
aku
tersekat-sekat.
.
.
.
.
.
.
buat hati aku tunggang langgang.
.
.
.
.
buat hari-hari aku 
lelah.




penat. letih





Tuhan..
konkritkan jiwa, teguhkan hati dan kebalkan rasa aku.