Tuesday, 25 September 2012

Cinta Milik Kawan

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku..

tepat pukul 4.35 petang.

lagu ungu percaya padaku memecah suasana petang yang suram.

dengan rasa malas aku gagahkan diri bangun dari katil mengambil telefon atas meja.

''Aku kapel dengan dia. kau marah x?"

mesej yang buat aku hela nafas panjang. kawan aku cuba untuk mengerti perasaan kau.

"dah kapel?"

"belum lagi. nak tanya kau dulu. macam mana?"

"on YM malam nanti."

''ok..malam neh kita YM'

berfikir dan terus berfikir. 

conversation yang tidak punya kata putus dalam YM. 

timbang tara baik dan buruk perhubungan antara lelaki dan perempuan. hingga aku letih sendirian. 

bila hujah disusuli artikel betul aku rasa nak give up dan kata terserah pada kau.



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
tepat pukul 5.55 pagi.

lagu ungu percaya padaku menyentak aku yang kian larut dalam dunia fantasi novel. menghentikan aku daripada terus menatap aksara demi aksara yang tertera pada halaman muka surat novel.

''salam.. aku dah kapel. jangan benci aku yea. baru tadi declare. :p ''

pejam mata. hembus nafas perlahan-lahan.

''aku doakan korang bahagia. no matter what, aku sentiasa kat belakang kau. dun't worry be happy. apa-apa hal gtau ja''

hidup bukan untuk hidup. dan betul. sehingga saat ini aku tak tahu aku perlu tersenyum atau menangis dengan perkhabaran bahagia bak kata orang lain tu.

''thanks kawan. as a friend aku sayang kau. miss u a lot ! ''

senyum tidak keruan. 

aku sayang kau lagi banyak. tapi aku rasa masih belum cukup sayang yang aku hulurkan sehingga kau terpaksa tagihkan sayang daripada seorang lelaki. dan aku rasa, sebagai kawan aku gagal jadi yang terbaik.. :'(

lagu ungu percaya padaku kedengaran sekali lagi.

''aku minta maaf sebab kecewakan kau. ;( "

''xpa..kebahagiaan kau yang aku nak tengok.''

sampai pagi aku terus menatap bait kata-kata untuk menyembuhkan rasa yang terbit disekeping hati. 

mengimbas semula kenangan-kenangan semalam yang kami cipta bersama. ada tawa juga tangisan disitu. ada manis yang buat aku diabitis dengan rasa.

tanam kukuh dalam ingatan, cinta ini takkan meragut kawan aku hilang.




Tuhan,
semoga sahaja kawan aku itu tidak lupa;
bahu ini masih kukuh untuk dia bersandar saat tidak berdaya.
telinga ini masih ada untuk dia meluahkan rasa saat kecewa melanda.
tangan ini juga masih tersedia untuk kesat air mata saat dia tengah berduka lara.

Kawan,
telinga, bahu dan tangan aku sentiasa ada untuk kau. walaupun sekarang kau dah ada pengganti yang lebih mampu buat kau tersenyum. aku cemburu dengan dia sebab dapat kau yang baik hati. :)

dan..
terima kasih kerna menghargai aku dengan cara tersendiri. aku sayang kau selamanya. aku rindu kau dalam setiap saat nafas terhela. dan jangan risau; walau kau jauh kau tetap hidup dalam ingatan. doa aku tidak pernah putus untuk persahabatan kita.



dulu mungkin aku selalu merungut bila dia tidak selalu ada disisi. dan kini aku kian mengerti kata- kata dia. sebaris mesej yang hadir mewakili dia buat aku tersenyum sendiri;

'kalau aku selalu ada dengan kau, kau takkan rindu dan sayang aku macam hari ini'

senyum. dan akui.. 
kadang sakit bila cinta dan persahabatan bergalang sesama sendiri.



-Sahabat yang baik ibarat MENTARI yang menyinar-