Tuesday, 25 September 2012

Lagi dan Lagi

                 hati-hati sama hati


pandang ke hadapan.

jalan terbentang luas.

tunduk dan berfikir...

mata kembali meliar sana sini,

sekadar ingin menguji keteguhan hati..

seminggu si belang biru ghaib dipandangan mata.

Tuhan kabulkan doa dalam sepi,

fikiran jauh menerawang..

otak ligat memikir ke mana ianya menghilang.

tunduk sekali lagi

pejam mata, dan..buka semula.

angkat kepala

nahhh si belang biru terbentang dihadapan mata !

bersama dia yang ingin aku jauhi.

aku bawa langkah kaki berlari ke daerah sepi.

jiwa bercelaru. antara realiti dan imaginasi.

hati dipalu dengan debaran rasa yang diiringi awan mendung.

rintik hujan membasahi bumi mewakili galau dalam diri....

Tuhan,

takdir ini tidak aku ingini...

- haruskah aku belajar membenci si biru dan beralih arah ke warna lain ? -




Cinta Milik Kawan

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku..

tepat pukul 4.35 petang.

lagu ungu percaya padaku memecah suasana petang yang suram.

dengan rasa malas aku gagahkan diri bangun dari katil mengambil telefon atas meja.

''Aku kapel dengan dia. kau marah x?"

mesej yang buat aku hela nafas panjang. kawan aku cuba untuk mengerti perasaan kau.

"dah kapel?"

"belum lagi. nak tanya kau dulu. macam mana?"

"on YM malam nanti."

''ok..malam neh kita YM'

berfikir dan terus berfikir. 

conversation yang tidak punya kata putus dalam YM. 

timbang tara baik dan buruk perhubungan antara lelaki dan perempuan. hingga aku letih sendirian. 

bila hujah disusuli artikel betul aku rasa nak give up dan kata terserah pada kau.



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
tepat pukul 5.55 pagi.

lagu ungu percaya padaku menyentak aku yang kian larut dalam dunia fantasi novel. menghentikan aku daripada terus menatap aksara demi aksara yang tertera pada halaman muka surat novel.

''salam.. aku dah kapel. jangan benci aku yea. baru tadi declare. :p ''

pejam mata. hembus nafas perlahan-lahan.

''aku doakan korang bahagia. no matter what, aku sentiasa kat belakang kau. dun't worry be happy. apa-apa hal gtau ja''

hidup bukan untuk hidup. dan betul. sehingga saat ini aku tak tahu aku perlu tersenyum atau menangis dengan perkhabaran bahagia bak kata orang lain tu.

''thanks kawan. as a friend aku sayang kau. miss u a lot ! ''

senyum tidak keruan. 

aku sayang kau lagi banyak. tapi aku rasa masih belum cukup sayang yang aku hulurkan sehingga kau terpaksa tagihkan sayang daripada seorang lelaki. dan aku rasa, sebagai kawan aku gagal jadi yang terbaik.. :'(

lagu ungu percaya padaku kedengaran sekali lagi.

''aku minta maaf sebab kecewakan kau. ;( "

''xpa..kebahagiaan kau yang aku nak tengok.''

sampai pagi aku terus menatap bait kata-kata untuk menyembuhkan rasa yang terbit disekeping hati. 

mengimbas semula kenangan-kenangan semalam yang kami cipta bersama. ada tawa juga tangisan disitu. ada manis yang buat aku diabitis dengan rasa.

tanam kukuh dalam ingatan, cinta ini takkan meragut kawan aku hilang.




Tuhan,
semoga sahaja kawan aku itu tidak lupa;
bahu ini masih kukuh untuk dia bersandar saat tidak berdaya.
telinga ini masih ada untuk dia meluahkan rasa saat kecewa melanda.
tangan ini juga masih tersedia untuk kesat air mata saat dia tengah berduka lara.

Kawan,
telinga, bahu dan tangan aku sentiasa ada untuk kau. walaupun sekarang kau dah ada pengganti yang lebih mampu buat kau tersenyum. aku cemburu dengan dia sebab dapat kau yang baik hati. :)

dan..
terima kasih kerna menghargai aku dengan cara tersendiri. aku sayang kau selamanya. aku rindu kau dalam setiap saat nafas terhela. dan jangan risau; walau kau jauh kau tetap hidup dalam ingatan. doa aku tidak pernah putus untuk persahabatan kita.



dulu mungkin aku selalu merungut bila dia tidak selalu ada disisi. dan kini aku kian mengerti kata- kata dia. sebaris mesej yang hadir mewakili dia buat aku tersenyum sendiri;

'kalau aku selalu ada dengan kau, kau takkan rindu dan sayang aku macam hari ini'

senyum. dan akui.. 
kadang sakit bila cinta dan persahabatan bergalang sesama sendiri.



-Sahabat yang baik ibarat MENTARI yang menyinar-

Sunday, 23 September 2012

Hati-Hati dengan Hati


"si belang biru ghaib dipandangan mata.
tapi..bukankah ini yang kau
pinta ?"

"Dear InchikHati,
jangan cari sesuatu disaat kegelapan menyapa.
jangan butakan mata saat kenyataan
terbentang dihadapan."~


-Mentari berlabuh dalam sepi; memberi ruang rembulan bercahaya-

Friday, 21 September 2012

Noktah Semalam


Aku jadi kaku sama rasa yang menyelubungi jiwa. 
Apakah harapan itu masih ada ?
Terkadang bila sendirian hati terusik sendiri. 
2 tahun langkahnya ada dimana sahaja.
dan.. 
2 tahun juga bayangannya mengekori.
sehingga resah itu
ada dimana
sahaja.
untuk 3 tahun ini aku tidak harap dia ada bersama.
walau kadang 
hati bernyanyi dalam 
sepi.

-ada sebab kenapa Tuhan aturkan pertemuan ini-

*senyum tak punya gula !

Wednesday, 19 September 2012

Hadir Lagi

kosong bukan lagi bersama titik.
ianya menjadi noktah,

puas tunduk ke bawah.
dengan harapan 'dia' tidak akan berada dihadapan.

untuk hari ini.
mata berpaling tadah. meliar sana sini.
di awal mentari bersinar,
si belang biru itu kelihatan dimata.

Ya Rabb..
jangan temukan langkah kami.
jangan temukan kedua mata kami.
biar antara aku dan dia.
si belang biru jadi pengantara...

Saturday, 15 September 2012

Ada Dia Bersama


aku terus pandang.
Lihat dengan riak yang tak dapat 
dijelaskan..

tidak ingin menutup
mata.

risau
ada air jernih yang bakal
mengalir..

-Mentari akan tetap muncul; walau awan sering mendung-

Aku ada Mereka

kadang terasa diri ini hebat di uji.

betapa sebaknya saat hati berbicara kecewa.

namun Allah selalu hadirkan sahabat-sahabat yg sering mengingati..

Kosong Bersama Titik



Tuhan..

untuk hari ini.

juga esok.
.
.
.
.
.
dan
.
.
.
.
selamanya...



jangan temukan,
.
.
.
.
.
.
.
.
aku




dan




dia.

Friday, 14 September 2012

Membawa Diri


Apa yang lebih membahagiakan 
daripada lepak atas katil dalam bilik
sehingga lupa segala tugasan dan amanah yang diberikan.

maaf Inchik Nota
Financial Accounting n Management Accounting

saat ini aku pilih
 untuk meleraikan kekusutan yang ada diminda.

buka jendela
dan..
terus merenung titisan hujan yang tidak henti membasahi bumi.
menghidu bau segar hujan kala tempias
membasahi muka.

ditemani secawan nescafe
yang 
aromanya memikat jiwa..
dan juga
senaskah novel.

membiarkan minda menerawang jauh
membawa hati ke
dalam
'teratak chinta Aisya'


..mengembara rasa bersama 'dan gerimis berbisik'...


-sinar mentari tidak kelihatan hari ini; lantaran hujan membasahi bumi-

Wednesday, 12 September 2012

Kata Bersama Rasa


aku jadi penasaran sama hujan yang membasahi bumi.
masihkah esok mentari menyusul lagi ?
dan..kerna harapan itu masih ada.
risau hilangnya tidak berupaya.



hati perlu kata.
yang bawa aku selari dengan rasa..
jiwa perlu hujah.
yang bawa aku kembangkan resah.
Tuhan,
selagi kesedaran itu masih ada,
tunjukkan aku jalan.


- Mentari itu sinarnya memang menerangi, tapi panasnya tetap terasa-

Sunday, 9 September 2012

Hari Ini Tiba Lagi

.HARI BERCELOTEH.


kesal ?
kadang aku terpaksa berkeras utk usir jauh-jauh.
genggam keyakinan tu kuat-kuat.
ada sebab kenapa kesulitan
itu perlu muncul.

dan
aku rasa
 'i'll deduct ur mark'  bakalan menjadi trademark
untuk semester ini..

.MEREKA SENTIASA ADA.


hidup dalam pelangi.
dan
semalam warna tu muncul lagi. terang. cantik.
aku kian terpegun.
sungguhlah, Tuhan masih sayang.

terima kasih.
kerana terus menjadi pelangi hati aku.
bahagia
menyelusuri pelangi
kian terasa.

terima kasih jua
untuk tepung yang memenuhi muka.

dalam ruang yang memenuhi
ingatan 
bakalan ada tawa
tersulam.

.UNTUK inchikDIRI.


20 tahun derus nafas memenuhi ruang.
kadang kesedaran tu  hilang 
entah ke mana.
lupa
hidup bukan untuk hidup..

3 4 tahun badai melanda pantai. dan 
aku kira benteng kekuatan
itu masih ada.
biar
kukuhnya tak 
seberapa.

jasad yang masih tegak berdiri
bersama hati yang kian
dicalari.
benar. aku insan 
yang masih belajar mencari erti syukur 
dalam setiap dugaan 
Tuhan.

Ya Rabb..
Syukur kerana masih memberi ruang utk aku bernafas..

buat InchikDIRI.
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN ke-20

semoga untuk esok
mentari jingga masih ada untuk
menyinari..

-09/09/2012-

Friday, 7 September 2012

Dia tidak tahu

Dia tidak tahu sakitnya melayan resah.
Dia tidak tahu peritnya menongkah arus.
Dia tidak tahu sukarnya menahan tangisan.

dia tidak tahu..
dan sebenarnya dia tidak 
pernah untuk ambik 
tahu..

saat ini.
aku kira dia tidak layak mempersoalkan
tentang seorang aku..



-aku insan yang masih belajar untuk mencari syukur dalam tiap dugaan Tuhan-

Tuesday, 4 September 2012

Kembali ke jalan-NYA



hidup ini mudah sebenarnya,
cari dan gali, 
samada berjalan atau berlari..
kau akan temui ertinya,
kiranya kau kembali kepada
DIA..


Monday, 3 September 2012

Sia bersama aku

kadang aku rasa sia,
tika bahu gagal menampung beban
dia yang aku cari..

kadang aku rasa sia,
tika lelah menghurung jiwa
dia yang aku pinta..

kadang aku rasa sia,
tika diri diterjah mehna kegelapan
dia yang hadir membawa cahaya..

kadang jua aku rasa sia,
tika tawa aku cetus suasana
dia tiada bersama..


maaf buat dia, 
kerna kekurangan kasih sayang.
mungkin salah aku 
yang gagal memberi 
perhatian..

Saturday, 1 September 2012

Mencari dan terus mencari


untuk jadi yang terbaik bukan mudah.
untuk berubah dari sesuatu yang menjadi kebiasaan
juga bukan senang.
sesiapa,
sudi bimbing saya ?

-Matahari yang kian pudar dengan cahaya-