banyak. memang banyak !
sehingga kadang aku sendiri hampir muntah untuk hadam
satu persatu..
personaliti demi personaliti.
hingga kadang juga aku geleng kepala
tanda, aku. kian tidak ketahuan.
aku kaji.
aku tengok.
dan aku teliti.
seorang demi seorang..
pada mereka bergelar KAWAN.
bila ada yang baran tak tentu hala;
aku pilih untuk jadi air menyiram panas membara.
bila ada yang cakap tak tahu nak henti;
aku pilih untuk tadah telinga dengar segalanya.
bila ada yang berbicara kata Cinta;
aku pilih untuk diam dan biar mereka menyelusurinya.
bila ada yang diam tak mahu berkata;
aku pilih untuk bersuara mengelak suasana suram.
bila ada yang jatuh tak tahu nak bangun;
aku pilih untuk hulurkan tangan membantu bangkit semula.
bila dan bila.
aku ada. dan mereka juga ada.
kami kan saling melengkapi..
bukankah
ini namanya KAWAN.
SAHABAT
dalam berTEMAN...
-kawan itu bukankah mereka salah satu PELANGI hati aku ?-
Trimas kerana terus berKAWAN !
Trimas juga kerana terus ada
saat aku hilang punca.
-.-
Trimas juga kerana terus ada
saat aku hilang punca.
-.-
