Tuesday, 28 August 2012

Matahari jua Mentari


....Diri rasa perlukan MATAHARI 
kerna 
bulan sering hadir setelah malam gelap gelita. 
Maaf 
bintang tiada niat melupakan mu, 
kerna 
sirna duka sering terbias tatkala memandang mu....


- Bunga Matahari tu kian layu; sama seperti perasaan yang satu itu -

Gurindam Jiwa


aku, dia dan..
kami 
serupa !

Muzik dan Lagu
seolah
teman terakrab.


Kami Kawan. Sahabat dalam Berteman.



Banyak ragam. banyak juga karenah.

banyak. memang banyak !

sehingga kadang aku sendiri hampir muntah untuk hadam
satu persatu..

personaliti demi personaliti.

hingga kadang juga aku geleng kepala
tanda, aku. kian tidak ketahuan.

aku kaji.
aku tengok.
dan aku teliti.
seorang demi seorang..

pada mereka bergelar KAWAN.

bila ada yang baran tak tentu hala;
aku pilih untuk jadi air menyiram panas membara.

bila ada yang cakap tak tahu nak henti;
aku pilih untuk tadah telinga dengar segalanya.

bila ada yang berbicara kata Cinta;
aku pilih untuk diam dan biar mereka menyelusurinya.

bila ada yang diam tak mahu berkata;
aku pilih untuk bersuara mengelak suasana suram.

bila ada yang jatuh tak tahu nak bangun;
aku pilih untuk hulurkan tangan membantu bangkit semula.

bila dan bila.
aku ada. dan mereka juga ada.
kami kan saling melengkapi..

bukankah
ini namanya KAWAN.

SAHABAT
dalam berTEMAN...

-kawan itu bukankah mereka salah satu PELANGI hati aku ?-

Trimas kerana terus berKAWAN !
Trimas juga kerana terus ada
saat aku hilang punca.
-.-

Monday, 27 August 2012

Jatuh Suka Sama Cinta


Jatuh yang tidak disambut.
Rasanya sakit. 
Juga perit !

Sunday, 26 August 2012

Sakit Hati. Marah Juga.

Pejam mata rapat. pekakkan telinga..

hiraukan segalanya. 

Untuk seketika tenangkan diri, sabarkan hati..

" Marah itu ibarat seketul batu. 
Pegang. Belek. Lihat. genggam. dan.. pejam mata rapat-rapat. 
lalu dengan sekuat hati lontar ianya 
ke dalam sungai.. "

Maaf.

Aku tidak perlukan kau kalau sekadar untuk menyakitkan hati !

--Loss setiap pagi bukan perkara luar biasa kalau saja ianya sudah jadi terbiasa---

Wednesday, 22 August 2012

kuatlah wahai diri



kuatlah wahai diri..
menempuh kejatuhan ini.
andai tidak hari ini kau mengenal erti kehancuran.
satu hari nanti, tidak mungkin kau akan kenal erti keutuhan..

kuatlah wahai diri..
menerima kesakitan ini.
andai tidak hari ini, kau merasa keperitan.
satu saat nanti, tidak mungkin kau kenal erti ketabahan..

kuat wahai diri,
teruslah melukis kekuatan melalui masalah.
tersenyum saat tertekan.
tertawa saat hati sedang menangis.
tabah saat terhina.

semoga kau terus kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi..

``kau. aku. dan semua ; kita masih punya DIA```

Langkah dalam ranjau



Hidup ini tidak mudah sebenarnya. 
jauh aku berlari. jauh juga aku bersembunyi. 
walau hakikat tapak kaki terpasak ditempat yang sama. 
aku lari jauh dalam khayalan membawa hati yang satu. 
jauh dan jauh.. 
gentar hati ini disakiti. 
sedang pada hakikat hati ini sudah tidak punya bentuk, sudah tidak punya rupa. 
sakit yang sering buat aku melontar jauh pandangan. 
sehingga aku lupa jalan pulang... 
<<kelam>>

Monday, 20 August 2012

begin here

mentari jingga.
bakalan menjadi permulaan satu kisah.
jua, bakalan menamatkan segalanya yg lalu.