SABARLAH
Buat apa sahaja, janji hati gembira? Engkau fikir apa? Ini syurga? Mahu bahagia setiap masa! Kadang-kadang kita tetap perlu buat sesuatu...ketika air mata mengalir laju. Kadang-kadang kita tetap perlu setuju...walau jiwa memberontak lesu.
Sabarlah! Putaran hidup memang begitu. Tapi hujan...Ah berapa lama ia boleh turun? Mentari tetap juga akan bersinar lambat laun!
Sabarlah duhai hati. Bukankah sudah kukatakan tadi? Hujan juga tahu berhenti!
via : Pujuklah Hati