Sunday, 26 January 2014

Takdir Telah Tertulis

Macam mana aku harap setiap apa yang datang adalah perkara yang menggembirakan aku dan mereka yang aku sayang.

Macam mana aku harap setiap apa yang mereka rasakan terbaik adalah kemahuan yang datang dari diri aku tanpa paksaan sesiapa.

Macam mana aku harap setiap apa yang terjadi aku akan capai redha dihati walau bukan itu keinginan dan mahu diri sendiri.

Macam mana aku harap setiap apa yang diutuskan DIA bakal buat aku tersenyum senang dimasa hadapan kalau bukan sekarang.

Macam mana aku harap setiap apa yang dilalui aku terima tanpa hati sendiri terkorban atau impian mereka dikorbankan.

Macam mana aku harap setiap apa yang bakal berlaku dipermudahkan perjalanan hidup aku dan mereka..

Allahu, 

tenangkan hati kami hamba-MU..

Amin Ya Rabb..

- It Writen Already CheDiri -

Monday, 20 January 2014

untittle #1

maaf untuk kata yang dilepaskan

sungguh.

aku letih

melihat sebuah

pengharapan.

:'(

Sunday, 19 January 2014

Sinar Untuk Esok


" Tulislah yg baik-baik 

walaupun diri belum baik. 

Sekurang-kurangnya, 

itu sudah menyelamatkan kita 

daripada 

menulis yg buruk-buruk"


- via : Ahmad ammar -

Friday, 10 January 2014

Berlalu dan Pergi

lama tak berhadapan dengan laut. rindu :(

Macam mana aku tak pernah harap
'dia' datang dalam hidup aku.

Macam itu juga aku tak pernah minta
'dia' berlalu pergi dari hidup aku.

'dia' mungkin pemusnah dimata orang lain.
'dia' mungkin parasit hidup bagi aku.

tapi,
kadang terpaksa aku akui

'dia' ujian Tuhan
yang buat aku pandang hidup ini
dengan 1001 rasa..

'dia' ujian Tuhan
yang buat aku sedar
hidup bukan sekadar untuk hidup.

'dia' ujian Tuhan
yang buat aku kembali
merenung segala pincang dalam diri.

kalau aku boleh mohon
aku cuma ingin mohon pada 'dia'

kalau sudah berlalu
tolong jangan kembali lagi.

berjalan ke depan.
jangan toleh belakang.

kalaupun benci itu pernah ada
sungguh aku akan belajar melupakan.

- kami juga ingin bahagia, kalaupun sukar itu ada -