Thursday, 20 June 2013

Benci Dalam Sayang

"..jangan tanya mana hilangnya sayang, 
bila benci memenuhi diri.."

Dia yang didalam kegelapan
Dia yang terhalang langkah dek pandangan berbalam
Dia yang tidak tentu arah lantaran pekak dan buta dalam cerah...

Dia yang satu ketika dahulu segalanya..

Dia yang melindungi
Dia yang menyayangi
Dia yang sentiasa ada
Dia yang menjadi idola

Dia yang mengajar erti kehidupan
Dia yang pimpin langkah aku satu persatu
Dia yang genggam tangan aku erat meredah pancaroba

Dia yang dihadapan mata aku akhirnya hilang dibawa waktu
Dia yang dalam pandangan mata aku kian berubah bersama masa berlalu

Dia yang aku pandang kini sambil tersenyum kelat
Dia yang aku lihat kini hati aku retak seribu
Dia yang hilang hak untuk dirinya sendiri
Dia yang penuh simpati

Dia yang kadang ingin aku lenyapkan dari pandangan mata..

Tuhan,
Ujian apakah ini..
dan.. bila aku jauh dari-Mu aku makin terasa sakitnya.

- Punah. kau dah puas dewasa bersama rasa bukan ? -

Saturday, 8 June 2013

Kosong Dengan Rasa

- dulu aku pilih berlari, dan sekarang aku pilih untuk berdiri memerhati -

buat apa yang kau suka,
aku tunduk bisukan kata.

buat apa yang kau ingin,
aku butakan segala pandangan.

buat apa yang kau mahu,
aku tulikan deria yang ada.

..tapi..

sampai satu masa,
nestapa buat aku beku.
dan kata tidak lagi bermakna

bilamana luka aku kau toreh berkali-kali
hingga aku imun dengan segala rasa
kau harus berjaga.

saat di mana, jangan kau muncul didepan mata
kerna kau bakal aku pandang kosong 
tidak punya makna
tanpa
sebarang perasaan.

buat, terus buat apa yang kau mahu.
dan aku tidak akan pernah halang.

# ohhh, btw aku rindu nak tutup telinga 24jam buka music kuat2 dan buat muka kosong pandang orang sekeliling.

- people's change, cheDiri jua-