Wednesday, 28 November 2012

Hujan dalam rasa

"Sweet in pain, itu namanya kehidupan.."

.........................senyum dalam tangis..................
..................duka dalam tawa..............


wangi kan bau hujan tu?

tapi

jangan tanya macam mana baunya.

kalau nak tahu

sila lari ke tengah hujan, depakan tangan

dan

pejam mata.


kata aku; hujan kat atas kita kat bawah.

kata mereka; sebab hujan kat atas la kita basah kuyup..

*senyum

ada rindu dihati

:')

-kenangan kan tetap terpenjara dalam ingatan-

aku dan mereka



mereka tidak tahu.

dan..

mereka tidak perlu untuk tahu..

biar aku yang rebah menanggung segalanya,

tapi untuk berbicara dan berkongsi segalanya adalah tidak mungkin...

aku tidak kejam,

cuma tidak ingin menganggu gugat kegembiraan yang kian berakhir.

aku cuma ingin tamatkan segalanya dengan kenangan yang terindah.

untuk waktu-waktu yang kian berakhir aku cuma harap

aku,

dan

mereka,

kami..
mencipta kenangan yang berlandaskan keikhlasan.

Ya Rabb..
semoga hati-hati ini sentiasa mencintai antara satu sama lain.

amin..


-mereka adalah kekuatan aku tanpa mereka sedari-

Monday, 26 November 2012

Situ ada kaca


credit 2: Dazz Boisterous

"Rugi. Rugi. Memang rugi.."

Kepala mendongak.

"Apesal weyh?"

Kepala digeleng kecil. "Mengaku Islam, tapi surah dalam al-Quran pun tak tau.."

Tangan kembali berlari didada buku.

"Islam not being measured by how juzuk of Quran that have you read, how many times you was 'khatam' and how many surah that you was memorise. Islam is the way of life that was begin from our heart(niat) and being followed by our body(shalat,sadaqah etc). Don't just simply judging others, when you never be all the times with them.

Think before speak. Seek before act. Praise 'syukur' before you will forget, that you also have a lot of weakness."

Menjadi Abdillah bukan semudah kata
Kau dan Aku
Jalanan kita berbeza
Mengapa menghukum andai bisa mendoakan
Mengapa menyimpul andai bisa meleraikan
Mengapa menunding andai bisa diamkan
Mengapa diturut sang nafsu andai solat itu bisa menghindar..

Don't think if you just wanna questioning. Don't 'say', if you just goin to down others with your words. Don't feel great by lookin bad at others..afraid you may far away from HIM, being cheat by satan plans.

gurindam jiwa


"Perbahaskan segala resah pada dia yg tak punya rasa. 
sama macam aku cakap berkali pada patung tidak bernyawa.."


-bermain dengan bahasa itu bukan mudah-

Sunday, 25 November 2012

sarkastik rasa

bloody.

relation's

poison.

dia...


pembunuh dalam gelap


-bersama dia buat aku kian mahir dengan kebencian dan resah-

Friday, 23 November 2012

Celanya Dia



Celanya hanya sekadar pada satu titik hitam,
yang datang entah bila dan asal dari mana,
kotor yang tidak seberapa, tapi tetap sinis pada mata yang memandang.

simpati aku merundum tahap maksima,
jatuh tidak semena,
pada dia yang kaku tidak bersuara.

aku pasti ada cerita yang bakal terlakar disebaliknya,
tapi titik hitam itu tidak memungkinkan segalanya berlaku,
dan dia bakal dibuang begitu saja.

aku tatap tanpa jemu,
mencari persoalan yang kian rusuh ditelan waktu,
yang aku lihat masih hanya celanya titik hitam.

manifesto kehidupan buat aku pandang segalanya berulang kali,
dimensi pula membutakan mata lantas pekakkan telinga,
membuatkan aku kadang alpa pada yang tercela.

dan rupanya..
simpati aku masih ada pada
kanvas putih itu..

-sukar nak positifkan diri bila melibatkan dia yang satu-

terima kasih

kerna dia, aku terpaksa berfikir banyak kali untuk mempercayai.

terima kasih
untuk hadiah air mata.

terima kasih
untuk derita yang tak sudah.

terima kasih
hadapkan aku dengan sengsara.

terima kasih juga
kerna pernah warnakan hidup aku.
walau kini sudah kau gelapkan.


-ada sebab kenapa ALLAH hadirkan dia dalam hidup kau-

Monday, 12 November 2012

Demam Final Melanda



nasihat; 
untuk mereka dan InchikDIRI..

trying n errors, usaha dan tawakal. 
tak berjaya cuba lagi sem depan. 

kita pernah jatuh ke bawah. kita pernah naik ke atas. 
dan seharusnya kita tahu kedua2 rasa tu. 
kalau kita jatuh, kita akan makin kuat. 
kalau kita naik, alhmdulillah kejayaan masih bersama kita.. 

apa2 pun usaha ja, 
sekurang-kurangnya kalau gagal diiringi usaha kita xkan rasa kesal..~

::FINAL PAPER::
17/11/2012 - MALAYSIAN TAXATION
19/11/2012 - FINANCIAL ACCOUNTING 3
20/11/2012 - FUNDAMENTAL OF AUDITING
21/11/2/12 - MANAGEMENT ACCOUNTING

Sunday, 11 November 2012

Kuatlah wahai diri




         "Bila kita bergantung kepada manusia, kita akan sedih."  




dear InchikDIRI;
               .please be strong.


*demam.FINAL !


-kuatlah mentari; kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi-

Thursday, 8 November 2012

Wanita Dawai Besi

aku bukan perempuan kuat.
akulah perempuan yang paling lemah dalam dunia.
paling kuat menangis.
paling goyah dan tumbang di banyak masa.

tapi aku ada penyakit degil.
degil untuk kalah.
degil untuk tewas.
degil untuk biar jiwa tersepah.

hari ini aku kongsikan apa yang membantu hari2 sukar aku.
aku tak ada apa2 untuk bikin kau2 semua percaya kemujarabannya. aku cuma ada aku sebagai bukti.

titik tolaknya--
kena percaya janji tuhan seratus tujuh puluh peratus bila dia kata "minta-- dan aku bagi".
dan jangan sekadar minta sekali.

kalau sungguh apa yang kita mau itu yang terbaik untuk kita--
lambat laun sampai juga ke tangan kita.
kalaulah tak kunjung tiba--
ajarlah hati untuk terima yang tuhan itu maha tahu.

sesungguhnya dia pencipta segala.
dari yang terzahir sehingga ke yang paling dalam hati--
dia tahu kenapa kita mahu apa yang kita mahu.
kalau mak abah kita sanggup kerja siang malam demi anak yang mahukan sesuatu, apa lagi tuhan yang mencipta setiap zarah yang wujud sejak azali dulu.

dan yang penting--
sabar dalam menunggu.

insyaAllah,
inilah random kindness of the day aku.

1) demi mahukan zuriat.

rabbi laa tazarni fardan,
wa antal khairul waarithiin.
tuhanku, janganlah dibiarkan aku ini berseorangan,
dan sesungguhnya engkaulah yang terbaik dalam memberi waris.

wallahi, tak sempat dua bulan mengamalkan ayat ini seusai solat, kami didatangi bunda juna yang bertanya sama ada aku sudi menjaga zuriatnya yang bakal lahir ke dunia.

2) demi mempermudah segala masalah.

rabbi yassir walaa tu'assir,
rabbi tammim bilkhair.
tuhanku, permudahkanlah dan janganlah dipersulit,
tuhanku tamatkanlah dengan sebaik2nya.

gunakanlah ayat ini di SETIAP kali datang permasalahan. sebelum kau buat keputusan, bacakan ini, moga2 datang pertolongan dari tuhan yang akan membantu kau dalam keserabutan dalam menghadap manusia, masalah atau apa saja.

3) demi rezeki yang cukup asal cukup.

wamayyattaqillah yaj'allahu makhraja.
wayarzuquhu min haithu laa yahtasibu.
wamayyattawakkal 'alallah-- fahua hasbuhu.
innallah baalighu amrihi qad ja'alallahi kulli syai inqadra.

dan sesiapa bertakwa kepada allah-- diadakan allah jalan keluar.
dan dibagi rezeki padanya dari jalan yang tak disangka2.
dan sesiapa berserah sehabis2nya pada allah-- padanya dibagi kecukupan.
sesungguhnya telah diadakan ketentuan pada setiap sesuatu pada sesiapa yang dikehendaknya.

amalkan ini dan kau akan rasa tenang-- rasa tak perlu disegala2nya, cukup dengan sekadar cukup-- rasa malu untuk terlalu mahu. kerana apa perlu semua itu, bila telah ada tuhan di setiap jalan engkau itu.

4) demi meminta pertolongan.

ya hayyu ya qayyuum,
birahmatika astagheethu.
aslihli sya'li kullaha--
walaa takiluni ila nafsi--
turfata 'ainin

wahai tuhan yang maha hidup, wahai tuhan yang maha memasak kami,
dengan rahmatmu aku mencari bantuan dan perlindungan,
tolongi aku dalam apa yang aku kerjakan setiapnya--
dan janganlah ditinggalkan aku ini bersendirian dengan cuma diriku--
walau dalam sekelip mata cuma.

ayat ini aku hafal apakala aku dengar kisah dari ustaz kazim al-hafiz. dia ceritakan rasulullah melihat fatima hidup dalam keadaan susah, dan dipesannya supaya fatimah mengamalkan ayat ini sebelum baginda pulang. bila baginda datang sekali lagi, dia dapati fatimah masih dalam keadaan sama. rasulullah terus menegur fatimah "ternyata kau tidak mengamalkannya".

buat sementara, aku hulurkan ini dulu.
moga2 ada terlekat satu dua dalam kepala kalian semua.
moga2 ini jariah aku sementara aku ada kesempatan menyampaikannya.

pesan aku--
tuhan itu ada.
percaya dan bukan sekadar kata.

yakin.
dia selalu ada untuk kita--
tak kiralah buruk mana kita--
tak pedulilah walau orang kata kita tak layak untuk tuhan kita.

tuhan itu sifatnya ADA.




Kopi Pasta from: FYNN JAMAL

Alone dengan rasa

1       2
3       4
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
5
.
.
.
.
jauh. jauh..
1 2 3 4 bersama.
5 sila duduk diam-diam dibelakang.
jangan mengeluh, jangan merungut.
.
mati nanti kubur sorang-sorang juga.
*senyum kelat !

-panas mentari hanya diwaktu tengahari; bila petang segalanya kembali biasa-

Monday, 5 November 2012

kata aku



aku jadi takut sama rasa yang menyelubungi diri
apakah ianya akan terusir pergi?