Tuesday, 21 January 2020

Silam masih lagi kenangan

Jadi dewasa,
Kau harus bijak menjaga hati sendiri.

Jadi dewasa,
Kau telah tahu yang mana keutamaan diri.

Jadi dewasa,
Kau sedar silam yang kelabu bukan untuk diulangi.
___

Seadanya Aku,
Bertahan atas nama-Mu.

Yang ada bila jatuh.
Yang setia ketika rebah.
Yang menemani saat rapuh.
___

I'll never get the same moment twice. Silam biarlah kekal sebagai kenangan. Membuka peluang untuk membiarkan diri sendiri terluka lagi bukan sekarang masanya.

Going thru some shit, while Kau sedar yang kau berseorangan bukan sesuatu yang membahagiakan. 

#CheDiri #Mentaritujingga #Damagepeoplearedangerouss


Tuesday, 25 April 2017

Random Thought



Layaknya ujian ini menguji hati
mengajar aku menekuni satu persatu benang kesabaran
melatih aku yang hidup ini langsung tak mudah dan senang

penat? kata dia..
dunia bukan tempat untuk berehat.

Diperlihatkan dengan satu demi satu kematian
ianya seolah-olah ketukan kuat dan loceng yang mengejutkan aku dari tidur...

terlalu lama berkeluh kesah
dengan satu demi satu permasalahan yang ada
sehingga kadang aku sendiri alpa dan lupa
yang dunia ini hanya sementara dan persinggahan cuma.

entahlah....

belajar bersyukur itu bukan mudah
aku masih insan yang lemah

dalam sujud menghadap tuhan,
masih aku doa redha pada setiap jadinya.

dalam akhir untaian doa pada tuhan,
tak putus-putus aku mohon kuatkan aku hadapi segalanya.

sepertinya...
segalanya hanya akan berakhir apabila KEMATIAN menjemput.

Allah, andai didunia bukan bahagian aku untuk bahagia
mohon disana aku menjadi manusia TERPALING BAHAGIA...

walau hakikat,
didunia aku tak sempurna mana...

amin..


Friday, 24 March 2017

Semoga Bahagia Disyurga



Ternyata......

Merindui tanpa
Kehadiran sangat
Menyesakkan dada..

Tuhan,
Sedang apa agaknya dia?
Berlari ditaman syurgakah?

Tuhan,
Jaga dan sayangi dia
Peluk dia dengan kasih..

Hereafter is forover.
And someday i will joint you..

Sungguh,
Aku rindu......

Thursday, 28 April 2016

Sabr.



SABARLAH

Buat apa sahaja, janji hati gembira? Engkau fikir apa? Ini syurga? Mahu bahagia setiap masa! Kadang-kadang kita tetap perlu buat sesuatu...ketika air mata mengalir laju. Kadang-kadang kita tetap perlu setuju...walau jiwa memberontak lesu.

Sabarlah! Putaran hidup memang begitu. Tapi hujan...Ah berapa lama ia boleh turun? Mentari tetap juga akan bersinar lambat laun!

Sabarlah duhai hati. Bukankah sudah kukatakan tadi? Hujan juga tahu berhenti!

via : Pujuklah Hati

Thursday, 10 December 2015

#Senyum


Kau kata...

Kau luka.
Kau retak.
Kau penat.

Kau tak pernah tahu,
Macam mana jerihnya aku
Jatuh berkali-kali...

Sakit.

Carik.

Tapi..
Aku pendam sendiri.

Rabak mana pun aku.
Koyak mana pun diri.
Prinsip aku mudah..

Biar yang tahu hanya aku dan Tuhan....

Manusia?
Apa yang akan aku dapat
Selain...simpati dan kata sabar..

Entah...
Lelah aku bukan sehari dua.
Bukan juga tiga empat tahun..
Bertahun-tahun yang hati aku kering
macam tu saja...mati barangkali.

Aku tahu kau penat.
Aku tahu kau lelah.
Aku tahu kau tak berdaya..

Tapi, bukankah Allah itu ada.
Percayalah...DIA takkan membebani diluar
Kemampuan hambaNYA...

Senyumlah...

Semoga untuk esok
Matahari masih bersinar bahagia
Untuk orang-orang macam kita.

Orang-orang..
Yang capit dalam mengejar bahagia.

Orang-orang...
Yang sumbing dengan senyum tawa.

La tahzan kawan. :')